05 August 2011

Bolehkah Najib bertahan?

Bolehkah Najib bertahan? — Aspan Alias

14 OGOS — Umno sudah mula menampakan retak seribunya. Apa yang berlaku di dalam Umno sudah beransur-ansur nampak jelas dan tidak mungkin dapat di sorokan lagi. Kata orang jika kita melakukan kesalahan di dalam batu pejal yang tidak dimasuki angin sekali pun akhirnya ia akan di ketahui umum juga.

Kalau kita pergi bermalam di padang pasir kita akan mendengar letupan di sana sini dan akan mudah di dengar lagi pada malam hari. Letupan itu ialah letupan batu-batu pejal. Ianya berlaku kerana perubahan suhu yang panas pada siang hari dan suhu yang terlalu sejuk di waktu malam.

Pertukaran suhu yang extreme secara berterusan menyebabkan batu yang sepejal mana pun akhirnya akan meletup dan pecah berderai.

Anoloji ini sedang berlaku di dalam Umno. Letupan kecil-kecilannya sudah pun kita dengari sedikit sebanyak selama ini. Tetapi oleh kerana suhu politik dalam Umno itu begitu panas maka Umno hanya menunggu masa untuk kita dengar letupan yang kuat yang akan menghancurkan Umno yang dulunya sangat kuat dan pejal seperti batu di padang pasir tadi. .. SETERUSNYA DI SINI

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive