13 August 2011

MISTERI : Diekori empat lembaga besar, hitam tanpa wajah

SIK - Diekori empat lembaga besar, berwarna hitam tetapi tidak mempunyai wajah, menyebabkan Muhamad Arif Abu Bakar, 24, terus berjalan tanpa arah tuju selepas dilaporkan hilang dari rumah Kampung Kilang Ubi, Begia, kira-kira jam 4 pagi, 1 Ogos lalu.

Mengimbas kembali misteri kehilangannya, Muhamad Arif berkata, dia memang tidak ingat bila keluar dari rumah malah tidak menyedari bagaimana dinding rumah sewanya dikopak.

Menurutnya, sehari sebelum hilang dia mengalami gatal-gatal pada seluruh tubuhnya dan memutuskan untuk ke sebuah klinik swasta bagi mendapatkan suntikan alahan, kemudian keluar memancing bersama sepupu di Kampung Mambong.

“Kami pulang kira-kira jam 7.30 malam dan pada malam itu saya tidak pasti jam berapa saya terlena, cuma seingat saya, apabila tersedar saya berada dalam hutan, di atas bukit yang dipenuhi pokok balak, namun saya tidak pasti di mana tempat itu tetapi berhampiran Begia.

“Sebenarnya, saya melihat ada empat lembaga besar berwarna hitam, tidak nampak rupa, mengekori ke mana sahaja saya pergi menyebabkan saya terus berjalan tanpa arah tuju,” katanya.

Muhamad Arif mendakwa pernah bercakap dengan lembaga terbabit dan menyuruh menangkapnya dengan syarat dibawa bertemu dengan anak dan isteri terlebih dahulu.

“Namun lembaga berkenaan yang tidak bersuara, langsung tidak bertindak sebaliknya terus mengekori ke mana sahaja saya pergi.

“Saya terus berjalan dan ada kalanya rasa seperti sedang terbang, malah semasa berada dalam hutan, saya juga ternampak harimau tetapi ia tidak menerkam saya,” katanya.

1 comment:

leekonu said...

lopa baca AYAT KURSI keazan ke?ambil air sembahyang ke kao tak solat?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive