01 August 2011

Penyanyi pop yeh-yeh Hasnah Haron meninggal dunia

JOHOR BARU, 1 Ogos – Penyanyi popular 1960-an, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia akibat penyakit kanser pangkal rahim di Hospital Sultan Ismail, di sini, kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Anak beliau, Haslinda Mohd Eunos, 39 berkata ibunya dimasukkan ke hospital Rabu lalu selepas mengadu sukar untuk bernafas.

“Bagaimanapun keadaan dia semakin tenat pada pukul 3 pagi ini sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pukul 8 pagi tadi di samping kelima-lima anaknya,” katanya dipetik Bernama Online.

Arwah menderita penyakit itu sejak dua tahun lalu.

Jenazah Hasnah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah di sini selepas solat Zohor tadi.

Arwah, yang pernah popular dengan lagu irama pop yeh-yeh seperti “Bersedih”, “Sabar Menanti” dan “Siti Zubaidah, meninggalkan lima orang anak termasuk dua lelaki dan lima orang cucu.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Hasnah adalah rakan-rakan seangkatan beliau iaitu S.Mariam, M.Fadhil, A.Halim, M.Ishak dan A.Rahman Onn.

Menurut Haslinda, ibunya seorang yang penyabar, tidak pernah bersangka buruk kepada orang lain dan sentiasa memberikan nasihat kepada anak-anaknya.

1 comment:

Anonymous said...

Takziah diucapkan kepada keluarga allahyarhamah.....semoga allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Al fatihah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive