oleh Fazy Sahir - 9 Ogos 2011
PETALING JAYA: Di sebalik kontroversi yang membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya minggu lalu, kini terdapat bukti yang menjelaskan keadaan sebenar pada majlis makan malam tersebut.
FMT turut menerima tentatif program serta kertas soalan bersifat ‘menguji pengetahuan’ dalam bahasa Malaysia dan Inggeris – sebagai bukti dakwaan mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam kepada penganut agama Islam.
Soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al- Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.
Kertas dua halaman yang mengandungi 12 soalan itu didakwa diberikan kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh penganut agama Islam.
Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.
Antara soalan itu adalah ‘Apakah maksud perkataan Islam, Muslim, Quran? Apakah enam perkara iman seseorang Muslim, solat lima waktu dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad dan tahun bilakah Nabi Muhammad dilahirkan.
Berapa banyak Surah dalam Al-Quran? Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan kenapa orang Islam bersalam menggunakan sarung tangan?
Pendedahan itu dibuat oleh Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain yang mendakwa kepingan-kepingan kertas soalan itu ditemui dalam sebuah tong sampah.
Sambil mempertahankan tindakan Jais yang memeriksa gereja terbabit Dzulkhaini berkata turut menjadi tanda tanya apabila kertas soalan seperti itu diagihkan dalam majlis makan malam yang dikatakan untuk membantu golongan tidak bernasib baik dan memerlukan.
“Ketika kejadian itu terdapat kira-kira 100 orang dengan nisbah kehadiran satu perlima daripadanya adalah penganut Islam; 12 orang dewasa (tiga lelaki, sembilan wanita) dan lapan kanak-kanak,” katanya.
Beliau memberitahu apabila Jais masuk ke dalam, kertas soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke dalam tong sampah.
“Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Apabila masuk tong sampah, Jais sita untuk dijadikan maklumat (bukti) di mahkamah.
“Malah bila mereka ini keluar seorang demi seorang, Jais meminta kad pengenalan (IC) untuk dilihat. Jais tidak ambil kad pengenalan daripada kanak-kanak memandangkan mereka tidak ada IC. Tindakan Jais ini benar.
“Tidak berlaku mereka (Jais) pecah pintu, hal itu berlaku diluar gereja, dengan sasaran (orang). Namun masih ada yang melemparkan fitnah mengatakan Jais pecah pintu dan berlaku kekasaran,” jelasnya.
Nyanyian “Alhamdulillah”, “Allahuakhbar ”
Sementara itu, didapati tentatif program makan malam tersebut turut diselit nyanyian berupa lagu – Alhamdulillah dan Allahuakhbar.
Melalui penelitian FMT, program bermula jam 6.30 petang, Rabu lalu dan sepatutnya berakhir jam 9.55 malam seperti yang tersedia dalam tentatif program itu.
Turut diselitkan dalam tentatif program berkenaan ialah ucapan aluan daripada Paderi Kanan DUMC Daniel Ho serta beberapa pembentangan kertas kerja projek oleh beberapa peserta.
Kemudian bermulalah nyanyian ‘Alhamdulillah dan Allahuakhbar’ dan sesi sembahyang yang diakhiri dengan nyanyian lagu ‘Sejahtera Malaysia’.
“Adakah ini ada sangkut-paut dengan ‘thanksgiving’ dan ‘methodist’? Mengapa ayat-ayat yang diharamkan digunakan oleh orang bukan Islam dalam enakmen agama bukan Islam (kawalan perkembangan agama lain dikalangan orang Islam 1988).
Sesudah itu, pada pukul 9 15malam, berlaku satu upacara sembahyang ‘intercession’ iaitu gaya sembahyang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan Tuhan mereka.
“Ingat pada masa itu ada 20 penganut agama (Islam) kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak, akidah mereka? Terpesongkan?
“Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Iislam, mengapa orang Kristian methodist perlu melakukan perkara ini?,” soal Dzulkhaini.
Pada Rabu lalu media melaporkan Paderi Kanan DUMC Daniel Ho menjelaskan bahawa majlis makan malam di gereja terbabit adalah dianjurkan atas semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti, sebuah NGO yang menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. - FMT
STONE : Memang patut JAIS dan Dr Hasan Ali serbu pun. Aku tak nampak salahnya. Aku ni tak berkepentingan apa-apa macam YB Khalid Samad dan YAB Khalid MB ... mereka nak kena jaga semua orang demi karier politik dengan sanggup membelakangkan agama sendiri .... Mungkin korang punya pendapat/pandangna berbeza dalam hal ini ...
STONE : Memang patut JAIS dan Dr Hasan Ali serbu pun. Aku tak nampak salahnya. Aku ni tak berkepentingan apa-apa macam YB Khalid Samad dan YAB Khalid MB ... mereka nak kena jaga semua orang demi karier politik dengan sanggup membelakangkan agama sendiri .... Mungkin korang punya pendapat/pandangna berbeza dalam hal ini ...
4 comments:
Assalamualaikum,
Sebenarnya JAIS,Hassan Ali, Khalid Samad dan Khalid Ibrahim menjalankan tugas masing-masing, cuma masing-masing ada agenda tersendiri. Bagi saya apa yang berlaku tidak pelik yang perlu kita ambil perhatian kenapa ada orang Melayu/islam yang sanggup ke gereja di saat umat Islam yang lain berbuka puasa bersama keluarga dirumah, dimasjid atau direstoran.
Adakah JAIS/Jab Agama Islam diseluruh Malaysia, JAKIM, Jab Kebajikan Masyarakat, BaitulMal dan badan-badan kebajikan yang lain telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh ikhlas, amanah dan berlapang dada. Adakah kriteria atau syarat yang ada untuk melayakkan orang fakir atau miskin mendapat bantuan di permudahkan atau terlalu banyak karenah birokerasi.
Adakah wang zakat yang diterima diagihkan kepada orang yang berhak. Adakah Ketua Kampung,Imam, Penghulu, Pegawai Daerah, Kadi, ADUN, YB, Menteri, Mufti tahu dikampung,daerah,wilayah, negeri mereka ada berapa orang fakir miskin dan perlukan bantuan.
Adakah kita sebagai orang Islam dilahirkan untuk mencari kesalahan orang lain dan mengeruhkan suasana apabila berlaku kejadian seumpama ini. Boleh atau tidak kita lupakan fahaman politik masing-masing.
Berbaktilah dan bertolong-tolonglah kerana Allah dan kasih sesama Insan.
Kenapa mengumpan orang dengan material untuk masuk ugama mereka?
Kenapa orang memelok Islam dengan hidayah?
mcam ada yg ambil kesempatan konon semangat 1 malaysia,ini la bila kita nak buat sesuatu tanya lah ulamak jng main ikut nasihat apco.
lagi pi jmp Pope buat apa x akan selesai masalah. klau mcam ni la aku x bagi undi kot kat yg x mau dengaq nasihat org alim
Assalamualaikum,
Kalau benar ikhlas pihak gereja ingin membantu, kenapa program sedemikian tidak dibuat di premis awam spt. dewan dll seumpamanya. Kerana ia melibatkan perkara yg sensitif, dan bertentangan dengan agama yang dianuti.
Post a Comment