08 August 2011

Serbu gereja : Perkasa Gesa Polis Siasat Dakwaan JAIS

Oleh SUSAN ALBERT KASSIM
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pada Isnin mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dakwaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai cubaan memurtadkan umat Islam dalam satu serbuan di Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya minggu lalu.

Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Idris berkata, perkara itu perlu dipandang serius kerana ia melibatkan akidah umat Islam dan kedudukanagama Islam seperti yang termaktub dalam Artikel 11 (4) Perlembagaan negara.

"Saya harap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa umat Islam seperti AishahBukhari dan Azlina Jailani yang dimurtadkan secara berani sebelum ini.

"Jumlah yang kita ketahui mungkin sedikit tapi saya yakin ramai sebenarnya yang menjadi mangsa," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di sini petang Isnin.

Ketika ditanya sama ada laporan polis itu dibuat sebagai menyokong tindakan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali,Irwan berkata; badan bukan kerjaan (NGO) itu tetap akan mempertahankan tiindakan sesiapa saja terutamanya apabila melibatkan perjuangan berkaitan isu agama.

"Kita bukan parti politik tetapi NGO. Jika kenyataan Hasan Aliterbukti benar, kita akan mempertahankan tindakannya walaupun beliaupemimpin PAS," katanya.

Sementara itu, Irwan Fahmi turut menggesa polis menyiasat laporanakhbar Harian Metro yang mendedahkan secara terbuka salah seorang umatIslam menerima bible dalam Bahasa Malaysia.

Jelas beliau, walaupun Artikel 11 (1) memberi kebebasan kepada sesiapasaja untuk menganut dan mengamal fahaman agama masing-masing, wujudsekatan dalam urusan penyebaran agama.

"Di Selangor misalnya,undang-undang yang dikenali sebagai EnakmenAgama Bukan Islam (Kawalan pengembangan di kalangan orang bukan Islam)1998 menyatakan adalah menjadi satu kesalahan sekiranya memujuk,mempengaruhi atau menghasut orang Islam untuk cenderung kepada agamabukan Islam," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memberitahu sesiapa yang menjadi pengikut ataumembelakangi Islam boleh disiasat mengikut Seksyen 10 EnakmenJenayah Syariah 1995.

"Kami ingin perkara ini disiasat dengan segera sebelum terlambat danmencetuskan suasana tegang di negara ini," katanya.

Irwan Fahmi berkata, Perkasa akan menyerahkan memorandum kepada YangDipertuan Agong dalam tempoh terdekat supaya siasatan mengenai usahamemurtadkan umat Islam dengan menawarkan bantuan untuk meringankanbeban hidup dijalankan.

Terdahulu, beliau membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibupejabat polis daerah Dang Wangi di sinii pada pukul 2.30 petang.

Pada Rabu, JAIS melakukan serbuan ke Gereja Methodist Damansara Utamadi Petaling Jaya selepas memperoleh bukti wujudnya percubaanmemurtadkan umay Islam di negeri ini pada majlis makan malam di gerejaberkenaan.

Susulan serbuan itu, Hasan Ali menegaskan pemeriksaan dilakukan keranamenerima maklumat terdapat kehadiran umat Islam pada majlis tersebut.

Beliau berkata pada majlis itu pihaknya dimaklumkan mengenai perkataan'Quran' dan 'pray' diselitkan pada ucapan di majlis berkenaan.

STONE :   Walaupun sebelum ini banyak tindakan dari Perkasa yang aku tak setuju, tapi kali ini aku menyokong penuh . Aku sokong JAIS dan aku sokong Dr Hasan Ali

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive