11 August 2011

The Star perlu minta maaf ... Gambar daging khinzir di halaman Ramadan

KUALA LUMPUR: Akhbar harian The Star perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana menyiarkan artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir, kata Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Beliau berkata, tindakan akhbar itu berbuat begitu memperlihatkan sikap mereka yang tidak sensitif terhadap kesucian Ramadan dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai biadap. "Saya amat mengecam keras tindakan akhbar itu yang memuatkan gambar daging khinzir dalam sisipan seksyen makanan dengan muka depannya diberi tajuk 'Ramadan Delights'," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Ahli Prlimen Pasir Mas itu turut meminta Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan mengenai perkara tersebut kerana ia bagai mempersendakan umat Islam dan ibadah puasa.

Beliau berkata, setiap pihak harus sentiasa prihatin perkara yang bertentangan dengan agama Islam yang juga agama rasmi negara ini serta majoriti penduduknya adalah beragama Islam.

"Apa juga kebebasan termasuk yang dijamin Perlembagaan tidak wajar diterjemah sebagai kebebasan langit terbuka dan boleh berbuat apa sahaja. Ada batasnya dalam peraturan, termasuk di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung," katanya. - BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive