11 August 2011

LONDON : Asyraf dibenar keluar hospital: Pengerusi MARA

2011/08/11
KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia di London, Asyraf Haziq Rosli yang cedera diserang dan disamun sekumpulan belia lelaki yang terbabit dalam rusuhan di kota itu, kini berada dalam keadaan sihat dan dibenarkan keluar daripada hospital.

Pengerusi MARA, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata bagaimanapun Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan MARA di Kolej Kaplan, masih tidak dikeluarkan daripada hospital atas sebab tertentu. "Beliau dah selesai menjalani rawatan dan berada dalam keadaan yang baik serta sudah boleh keluar dari hospital. "Sebenarnya cuma tak dikeluarkan lagi kerana kita tak mahu apabila dia keluar banyak sangat pemberita...dan kita tidak mahu ganggu dia sangat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran dan Penubuhan Inkubator, Usahawan Kolej Poly Tech MMARA Kuala Lumpur dan bazar Ramadan di sini.

Asyraf yang patah gigi dan bengkak pipinya selepss diserang, dihantar ke Hospital Royal London untuk dibedah.

Beliau berkata, pihaknya kini berusaha untuk menghantar ibu Asyraf ke London untuk melihat keadaan kesihatan anaknya itu di sana.

Katanya, ibu Asyraf sudah dihubungi dan diberitahu mengenai perkara tersebut dan beliau berasa gembira serta tidak sabar untuk bertemu dengan anaknya di London. - BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive