Showing posts with label LONDON. Show all posts
Showing posts with label LONDON. Show all posts

02 June 2014

Di London, Perkasa bersumpah pertahan hak Melayu dan Bumiputera ‘selagi ada bulan dan bintang’ -







Di Kota London, Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) berikrar dan bersumpah akan bersama kepimpinan negara selagi mana mereka tetap mempertahankan hak komuniti Melayu dan Bumiputera selamanya, kata presidennya Datuk Ibrahim Ali. 
Ibrahim yang juga bekas ahli Parlimen Pasir Mas ketika merasmikan pembukaan cawangan Perkasa UK dan Eropah turut bersumpah akan meneruskan sokongan terhadap sistem perkongsian kuasa, selagi mana ia tidak ditakrifkan sebagai perkongsian secara total dengan mengenepikan Pribumi sebagai bangsa teras di negara ini.

01 December 2013

Siti Aishah janji akan pulang - Kamar Mahtum


SEPANG: Siti Aishah Abdul Wahab yang dikatakan dijadikan hamba selama 30 tahun di London berjanji akan pulang ke Malaysia selepas sembilan bulan, kata kakaknya, Kamar Mahtum.
Kamar Mahtum, 79, yang ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari London berkata semasa pertemuan beliau dengan Siti Aishah di satu lokasi rahsia di sana Khamis lepas, adik bongsunya itu berjanji akan balik secepat mungkin selepas kerjanya di sana selesai.
"Dia banyak aktiviti di sana, di sana dia buat kerja-kerja sukarelawan membantu orang tapi saya sudah pujuk dia supaya pulang ," katanya yang tiba di KLIA bersama-sama aktivis politik Hishamuddin Rais kira-kira 7.40 pagi Ahad.
Katanya beliau lega apabila melihat adiknya sihat dan gembira berada di sana kerana menurut laporan akhbar seolah-olah Siti Aishah tidak sihat.
"Dia sihat fizikal dan lebih gemuk dari saya, dia juga merindui keluarga di Malaysia namun katanya keringatnya untuk membantu orang susah di sana masih diperlukan," katanya.
Sabtu lepas, media melaporkan wanita berusia 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan daripada perhambaan pada 25 Oktober lepas di selatan London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.
Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain.
Siti Aishah berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School Economics di United Kingdom.
Namun ketika berada di sana, dia dikatakan terpengaruh dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pelajarannya.
Sementara itu ketika diminta mengulas mengenai status agama Siti Aishah, Kamar Mahtum berkata: "Dengan saya dia sudah bagi tahu tapi antara dia dengan Allah hanya dia sahaja yang tahu". - BERNAMA

29 November 2013

Perhambaan di London : Kamarmahtum akhirnya bertemu Siti Aishah


Kamar Mautum.
PETALING JAYA: Pertemuan yang dinanti-nantikan selama 30 tahun akhirnya dapat dilaksanakan oleh pesara guru, Kamar Mahtum apabila dia dipertemukan dengan Siti Aishah Wahab di satu lokasi rahsia di London.
Astro Awani melaporkan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Datuk Seri Zakaria Sulong mengesahkan pertemuan diantara Kamar dan mangsa hamba domestik, Siti Aishah Wahab.

28 November 2013

Perhambaan di London: Siti Aishah 'Pelajar Yang Sangat Comel' di Kolej

Oleh RASHVINJEET S.BEDI
Pip Ahmad Ibrahim, 73, menunjukkan gambar bekas rakan sekolejnya, Siti Aishah Abdul Wahab di Kolej Teknikal Kuala Lumpur dalam salah sebuah majalah kolejnya. - Foto SAMUEL ONG/THE STAR.
KAJANG: Siti Aishah Abdul Wahab merupakan seorang pelajar yang 'sangat comel' dan menjadi perhatian pelajar lelaki di di Kolej Teknik Kuala Lumpur, kata bekas rakan sekolejnya.
Pip Ahmad Ibrahim, 73, berkata, Siti Aishah merupakan pelajar junior tiga tahun daripadanya dari tahun 1963-64, dan dia menuntut di jabatan ukur bahan.
"Dia seorang remaja yang sangat comel dan bijak dalam pelajaran. Semua orang mahu keluar dengan dia," kata Pip Ahmad, yang menuntut dalam jurusan seni bina.

27 November 2013

Perhambaan di London: Mangsa Tulis Puisi Derita Dikurung 30 Tahun



ROSIE diambil sebagai anak angkat sejak kecil selepas kematian ibu bapa kandungnya.

[HM] London: Wanita berusia 30 tahun yang dikurung sebagai ‘hamba’ selama tiga dekad pernah menulis ratusan surat dan puisi yang mengimpikan kebebasannya.

Hanya dikenali sebagai Rosie, dia menjelaskan bagaimana menghadapi penderitaan diungkapkan ketika dikurung satu pasangan yang mengambilnya sebagai anak angkat ketika masih bayi.

Kata Rosie, ibu bapa kandungnya meninggal dunia akibat kebakaran.

Hamba di London : Kakak mangsa berlepas ke London bersama Hishamuddin Rais

OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA

NOVEMBER 26, 2013
LATEST UPDATE: NOVEMBER 27, 2013 09:44 AM
Kamar Mautum  bersama Hishamudin dan Dean Nelson di KLIA untuk penerbangan ke London. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 November, 2013.Kamar Mautum bersama Hishamudin dan Dean Nelson di KLIA untuk penerbangan ke London. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 November, 2013.Keluarga kepada Siti Aishah Abdul Wahab yang dipercayai menjadi "hamba psikologi" selama 30 tahun di Britian berangkat ke ibu kota negara itu malam ini untuk bertemu kembali sesudah berpuluh tahun terpisah.
Menurut Kamar Mahtum Abdul Wahab yang merupakan kakak kepada Siti Aishah, pertemuan ini memang sudah lama ditunggu-tunggu oleh keluarga semenjak ibunya masih hidup lagi.
"Saya tidak pasti sama ada dia masih ingat pada saya, akan tetapi saya percaya dia pasti kenal saya" kata Kamar kepada The Malaysian Insider apabila ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi.

22 February 2012

Solat Jumaat di jalanan kota London

Jemaah solat Jumaat di jalanan London
‘Mekah’ di tengah-tengah London. Begitulah tajuk akhbar harian terkemuka British Daily Mail pada hujung minggu lalu.
Laporan tersebut menulis mengenai orang Islam British yang melaksanakan solat Jumaat di sebuah jalan di London. Mereka terpaksa solat di atas jalan kerana ruangan masjid sudah penuh sehingga tidak dapat menampung jemaah yang ramai.

13 August 2011

Dari London : Suspek samun Asyraf ditahan



Oleh ISABELLE LAI and NG CHENG YEE

PETALING JAYA: Polis Britain pada Jumaat telah menahan seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan kejadian samun pelajar Malaysia, Muhd Asyraf Haziq Rossli ketika rusuhan di London Isnin lalu.

Polis Metropolitan London dalam satu kenyataan turut mengesahkan penahan suspek yang berusia lingkungan 20 tahun.

“Pegawai polis telah menangkap seorang lelaki yang mempunyai kaitan dengan kejadian seorang lelaki disamun oleh sekumpulan orang yang berpura-pura membantunnya selepas dia diserang ketika rusuhan, Isnin lalu," kata kenyataan itu.

Difahamkan suspek ditahan pada pukul 5 petang waktu tempatan selepas sekatan dijalankan di beberapa lokasi.

11 August 2011

LONDON : Asyraf dibenar keluar hospital: Pengerusi MARA

2011/08/11
KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia di London, Asyraf Haziq Rosli yang cedera diserang dan disamun sekumpulan belia lelaki yang terbabit dalam rusuhan di kota itu, kini berada dalam keadaan sihat dan dibenarkan keluar daripada hospital.

Pengerusi MARA, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata bagaimanapun Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan MARA di Kolej Kaplan, masih tidak dikeluarkan daripada hospital atas sebab tertentu. "Beliau dah selesai menjalani rawatan dan berada dalam keadaan yang baik serta sudah boleh keluar dari hospital. "Sebenarnya cuma tak dikeluarkan lagi kerana kita tak mahu apabila dia keluar banyak sangat pemberita...dan kita tidak mahu ganggu dia sangat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran dan Penubuhan Inkubator, Usahawan Kolej Poly Tech MMARA Kuala Lumpur dan bazar Ramadan di sini.

Asyraf yang patah gigi dan bengkak pipinya selepss diserang, dihantar ke Hospital Royal London untuk dibedah.

Beliau berkata, pihaknya kini berusaha untuk menghantar ibu Asyraf ke London untuk melihat keadaan kesihatan anaknya itu di sana.

Katanya, ibu Asyraf sudah dihubungi dan diberitahu mengenai perkara tersebut dan beliau berasa gembira serta tidak sabar untuk bertemu dengan anaknya di London. - BERNAMA

Warga London simpati pada Asyraf - bantu kutip derma





Walaupun berbeza latar belakang kaum, agama mahu pun warna kulit, warga London menunjukkan keprihatinan terhadap nasib malang yang menimpa penuntut Malaysia, Muhammad Asyraf Haziq Rosli, 20, yang disamun dan mengakibatkan rahangnya terpaksa dibedah Isnin lalu.

Seorang rakyat Malaysia yang bermastautin di London, Shahrul Muzammir Mohd Sahir berkata satu laman web diwujudkan warga London. Laman web itu direka oleh The Minimalist dan ia antara lain menggunakan tagline: 'Let's Do Something Nice For Ashraf Haziq'.

Rusuhan London : Ashraf, pelajar Malaysia di hospital (VIDEO)

10 August 2011

Pelajar Malaysia cedera dalam rusuhan di London



Seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London tercedera ringan dalam rusuhan di kota itu semalam.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun, pelajar itu, Asyraf Hazlan, 20-an, tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

“Pelajar ini tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London.

17 July 2011

Lagu ‘Yellow Submarine’ sambut Najib, Rosmah di London

(Oleh Norutul Ilham)
LONDON: Kumpulan rakyat Malaysia di sini, mengadakan demontrasi tiga hari berturut-turut dengan menampil tema kuning – warna rasmi Bersih bagi ‘menyambut’ kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur.

Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Ginie Lim, berkata demontasri bermula 13 hingga 15 Julai lalu itu bertujuan mendesak enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) tanpa bicara dibebaskan.

Pada kenyataan media, beliau berkata, wakil Amnesty International, Josef Roy; aktivis hak asasi manusia, John Liu dan anggota Sekretariat Bersih Andrew Khoo, turut menyertai demontrasi berkenaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive