Showing posts with label anti Isa. Show all posts
Showing posts with label anti Isa. Show all posts

11 February 2012

Isa ketot dan bini buat rumah terbuka guna duit FELDA lebih RM370 ribu

Written by Hazayani Zakaria
Sabtu, 11 Feb 2012 13:51

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendakwa Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menyalahgunakan wang Felda sejumlah RM353,375 bagi mengadakan rumah terbuka Aidilfitri, September tahun lalu.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, Isa tidak mengadakan rumah terbuka di Ibu Pejabat Felda seperti kebiasaannya, sebaliknya memilih untuk mengadakannya di kediamannya di Port Dickson.

"Sepatutnya Felda mengadakan rumah terbuka di ibu pejabatnya dengan kos lebih kurang RM30 ribu.

17 July 2011

Lagu ‘Yellow Submarine’ sambut Najib, Rosmah di London

(Oleh Norutul Ilham)
LONDON: Kumpulan rakyat Malaysia di sini, mengadakan demontrasi tiga hari berturut-turut dengan menampil tema kuning – warna rasmi Bersih bagi ‘menyambut’ kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur.

Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Ginie Lim, berkata demontasri bermula 13 hingga 15 Julai lalu itu bertujuan mendesak enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) tanpa bicara dibebaskan.

Pada kenyataan media, beliau berkata, wakil Amnesty International, Josef Roy; aktivis hak asasi manusia, John Liu dan anggota Sekretariat Bersih Andrew Khoo, turut menyertai demontrasi berkenaan.

09 May 2011

ISA : Seorang ditahan

Warga Singapura Ditahan Di Bawah ISA

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan warganegera Singapura telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terbabit dalam aktiviti militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataan berkata, individu terbabit yang dikenali sebagai Abdul Majid Kunji Mohamad disyaki menyalurkan dana dan bantuan logistik kepada sebuah kumpulan militan yang beroperasi di Selatan Filipina.

"Dia ditahan kerana ada sebab-sebab mempercayai bahawa penglibatannya boleh memudaratkan keselamatan Malaysia," katanya di sini, Isnin.

Abdul majid yang beralamat di Kuala Lumpur ditahan pada Jumaat lalu - mStar

03 August 2010

Surai Perhimpunan Anti-ISA, Suhakam Kecewa Dengan Polis

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) kecewa dengan tindakan polis menyuraikan perhimpunan anti-ISA di Petaling Jaya kelmarin kerana tindakan itu melanggar hak orang awam untuk berhimpun secara aman.

"Pemerhatian Suhakam mendapati bahawa hak untuk berhimpun telah dinafikan apabila pihak berkuasa menghentikan perhimpunan itu dan menyuraikan orang ramai dengan tergesa-gesa," kata pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam.

"Amaran yang sebaiknya dan masa yagn cukup tidak diberikan oleh pihak berkuasa, yang menyebabkan 22 lelaki dan lapan wanita ditahan kerana disyaki menjadi peserta acara nyalan lilin."

Sempena 50 tahun ISA diperkenalkan, aktivis NGO dan pembangkang berkumpul di pelbagai tempat bagi menyalakan lilin tanda bantahan terhadap akta kontroversiti itu.

Tindakan itu menyebabkan polis menahan 30 orang di Petaling Jaya, empat di Pulau Pinang dan dua di Kelantan atas alasan terlibat dalam perhimpunan tanpa permit.

Dalam satu kenyataan hari ini, Hasmy mengingatkan polis terhadap cadangan yang dibuat hasil daripada pendengaran awam kes perhimpunan di lebuh raya Kesas dan KLCC - atau dikenali sebagai 'Bloody Sunday' (kiri) - sebelum ini.

"Suhakam mencadangkan dalam suatu keadaan apabila polis perlu mengawal atau menyuraikan orang ramai, waktu yang cukup dan cara yang tidak ganas hendaklah digunapakai," katanya sambil mendakwa Suhakam memerhatikan secara langsung demonstrasi di Petaling Jaya pada malam minggu sebelum ini.

Beliau menegaskan sekali lagi bahawa hak orang ramai untuk berhimpun secara aman dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa.

Sementara itu beberapa kumpulan NGO hari ini turut mengecam tindakan polis membuat tangkapan "besar-besaran" dengan mendesak Menteri Dalam Negeri Tan Sri Hishammuddin Hussein meletakkan jawatan.

Tiga badan itu - Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami) dan NGO pendidikan Pusat Pembangunan LLG - mendakwa Hishammuddin 'melanggar' janjinya pada Jun lalu bahawa pindaan ISA akan menjamin hak berhimpun.

"Tetetapi kami berpendapat, tangkapan besar-besaran (pada) 1 Ogos telah bercanggah dengan janji kerajaan dalam pemindahan (pindaan) ISA, membongkarkan muka munafik kerajaan yang mengabaikan hak-hak sivil rakyat," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Sementara itu, Pemuda PKR Pulau Pinang pula menyifatkan justifikasi polis bagi menghalang perhimpunan itu dengan mengatakan sebagarai 'haram' merupakan tindakan yang cukup simplistik.

"Pihak polis barangkali buat-buat lupa terhadap pengisytiharan kerajaan negeri Pulau Pinang yang sebelum ini telah menyediakan Speakers Corner khas untuk rakyat menyatakan sebarang ekspresi diri terhadap apa jua isu semasa yang berlaku," kata setiausahanya Syed mikael Rizal Aidid.

"Penganjur juga telah menuruti arahan kerajaan negeri untuk tidak menggunakan sebarang pembesar suara.

"Berdasarkan keadaan ini, pihak polis sewajarnya menghormati perhimpunan dan hak rakyat ini, dan bukannya menimbulkan lagi suasana tegang

12 August 2009

Demo 1 Ogos: Terima Kasih atas kekasaran Polis Najib Altantuya - Mat Sabu


Oleh Mohamad Sabu

TANGGAL 1 Ogos 1960 adalah detik hitam dalam sejarah demokrasi di Tanah Melayu (Malaya). Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diluluskan oleh Parlimen Malaya.Tujuan asal adalah untuk memerangi pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) dan anasir-anasir lain yang tidak berjuang melalui proses demokrasi. PAS menyokong akta tersebut dengan tujuannya hanya untuk memerangi pengganas bersenjata komunis.

Selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri diabsahkan oleh Parlimen, kerajaan Perikatan menyalahgunakan ISA terutama untuk menahan anasir pembangkang yang tidak sehaluan dengan kerajaan Periktan. Bahkan pemimpin pelajar, pemimpin kesatuan sekerja diratah oleh kerajaan Perikatan dan Kerajaan BN, disumbat ke kem tahanan Batu Gajah dan kemudiannya Kem Kamunting.

ISA lebih digunakan untuk mempertahankan kuasa hegemoni Perikatan dan Barisan Nasional (BN) terutama selepas PKM meletakkan senjata, dengan menangkap dan menahan tokoh pembangkang dan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan BN.

Gerakan Mansuh ISA (GMI) mengajak rakyat untuk membuat himpunan aman supaya ISA dihapuskan terus dari bumi Malaysia. ISA sudah menjadi tidak popular kepada rakyat Malaysia. Parti-parti pembangkang sudah lama mendesak supaya ISA dihapuskan.Parti-arti komponen BN juga mendesak ISA dikaji semula. Parti Gerakan, sebahagian pemimpin MCA mahu ISA dikaji semula. Bahkan ada menteri Umno sanggup meletak jawatan kerana menentang penyalahgunaan ISA terhadap rakyat yang bersuara tanpa menggunakan senjata.

Pada tanggal 1 Ogos 2009, puluhan ribu rakyat berarak di Kuala Lumpur. Mereka bergerak secara aman untuk meminta kerajaan menghapuskan ISA. Pihak polis bertindak keras dan cuba menghalang perhimpunan itu supaya gagal.

Ratusan anak anak muda ditangkap sejak awal pagi, walaupun pihak GMI memberitahu perhimpunan akan di mulakan kira-kira jam 2.00 petang. Entah berapa tangki air asid, ratusan tembakan gas pemedih mata dilepaskan pada orang ramai tanpa amaran apa-apa. Orang ramai lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.

Para peniaga di sekitar Sogo, Jalan Masjid India, Jalan Tunku Abd Rahman menutup perniagaan, sebahagian besarnya restoran dan warung makan.

Para peniaga gemar apabila orang ramai berada di premis mereka, barangan jualan mereka akan habis dibeli. Tetapi gas pemedih mata dan semburan air asid merosakkan kehadiran pelanggan dan dan barangan perniagaan mereka.

Gendang dipalu oleh media kerajaan yang pro-Umno bahawa kerugian lebih RM200 juta akibat tunjuk perasaan. Paling tak masuk akal perniagaan tidak laku kerana kehadiran orang ramai. Perniagaan tidak laku kerana air asid dan gas pemedih mata.

Kami berterima kasih kerana pihak polis bertindak kasar menyebabkan orang ramai semakin benci kepada Umno-BN. Pernah berlaku perarakan membantah karikatur menghina Nabi Muhamad s.a.w., puluhan ribu ambil bahagian, kepala perarakan sampai di Wisma Denmark, ekornya masih di Masjid Kampung Baru; polis memberi kerjasama, perarakan berlangsung dalam suasana aman dan tenteram.

Selesai perarakan pihak polis bersalaman dengan orang ramai. Selepas itu orang ramai ke kedai makan dan restoran sehingga warung makan dan restoran kehabisan makanan. Peniaga gembira di atas kehadiran orang ramai. Paling pelik bin ajaib peniaga di Sogo, Jalan Masjid India, Jalan Tunku Abdul Rahman rugi kerana kehadiran orang ramai. Kalau Pak Pandir hidup dia akan tertawa terbahak-bahak di atas pembohongan media kerajaan dan pro-Umno.

Gendang sama dimainkan oleh media BN selepas himpunan Hindraf dan Bersih, tetapi kebencian rakyat kepada Umno-BN diterjemah selepas itu dengan pembangkang menang besar dalam pilihan raya Mac 2008.

Terima kasih atas kekasaran polis pada 1 Ogos 2009, dan Umno-BN akan dibenci terus oleh rakyat, terutama anak-anak muda yang begitu ramai menyertai himpunan anti-ISA tersebut. Kali ini 1-Malaysia BN akan kecundang di atas pembohongan media mereka. - utaraonline

06 August 2009

Najib Altantuya tak baca mesej Himpunan I Ogos

Oleh Chegubard

Regim penguasa berusaha bersungguh untuk menenggelamkan isu utama yang berjaya dibawa oleh Himpunan Mansuh pada 1 Ogos. Najib dan pemimpin regim langsung tidak mahu membaca masej jelas dari Himpunan MANSUH 1 Ogos yang dihadiri kira - kira 30,000 orang. Walaupun disekat, diugut dan seumpamanya ramai masih bersama turun ini membayangkan ugutan, sekatan dan penipuan regim makin tidak laku.
Mahu lari dari isu sebenar mendesak pemansuhan ISA, regim telah mengerahkan puak Umno Wilayah untuk mengumpulkan tandatangan persetujuan peniaga - peniaga Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Chow Kit untuk membolehkan peguam upahan Regim membuat tuntutan saman. che'GuBard yang baru dihubungi pagi tadi oleh seorang peniaga menyatakan ada sekumpulan lelaki pergi dari gerai ke gerai dan kedai ke kedai mengutip tandatangan persetujuan dengan menyatakan sapa tandatangan saman kalau menang dapat RM10,000.
Maka siapa yang tak nak tandatangan sebab nasib baik dapat RM percuma.
Kalau regim ini ikhlas bagilah pampasan kepada mereka yang kononya rugi. Bukan semua perniagaan rugi tetapi ada juga peniaga yang mengakui membuat keuntungan, khususnya peniaga makanan dan minuman. Restoran penuh dari pagi sampai lewat petang. Peniaga air yang selalunya susah nak habiskan satu balang besar cuma memerlukan 1/2 hari untuk menghabiskan balang besar mereka.
Memang ada yang rugi tidak dinafikan tetapi kerugian kerana tindakan melampau Polis. Contohnya Polis menyerbu restoran dan menangkap orang ramai. Tangkapan yang kasar itu menyebabkan ada peralatan yang jatuh dan pecah, juga yang ditangkap tidak sempat membuat bayaran makanan dan minuman. Peniaga pakaian di Chow Kit berhampiran Pejabat Agong PAS merungut kerana pakaian mereka rosak kerana disembur secara sengaja dengan semburan air asid oleh Polis.
Skrin TV besar di Maju Junction rosak akibat semburan asid dengan tekanan tinggi secara sengaja oleh Polis. Ada kereta rosak cat (di Jalan Mahameru) dan ada cermin kereta pecah (depan Kompleks Wilayah) kerana terkena peluru gas pemedih mata yang sengaja dihalakan kepada orang ramai oleh Polis.
Polis secara sengaja dilihat menyepak tong sampah di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman untuk menakutkan orang menyebabkan tong sampah dan pasu bunga rosak.
Ada orang yang langsung tak terlibat juga ditangkap, terkena kesan gas pemedih mata dan air asid.
Ramai sangat demonstran yang cedera. Tiada Polis cedera, kalau demonstran ganas maksudnya adalah polis cedera sedangkan memang banyak kali peluang untuk cederakan polis tapi demonstran elakkan bertempur.Teh Hong Ping dari Johor (gambar atas) contohnya cedera teruk di tangan kanannya kerana Polis dengan sengaja menempak Gas Pemedih mata dari jarak dekat ke arahnya, walaupun prosedur tembakan harus dihala ke udara.
Turun demo kena upah
Ini satu bentuk subjektif. Upah maksudnya apa, che'GuBard juga belanja kawan-kawan dari Pulau Pinang sarapan pagi tu, kalau itu dianggap upah maka ada kalangan sukarelawan unit ehsan juga kena upah lah.... sebenarnya Rais Yatim, Menteri Penerangan Malaysia ini ingat semua macam Umno nak main upah baru jalan. Jika pemikiran dan kenyataan sengal ini terus - terusan InsyaAllah orang Jelebu akan benamkan dia macam orang S.Petani benamkan Zainuddin Maidin.
Pelajar Universiti dan Kakitangan awam terlibat.
Ya memang benar ini bukan tuduhan. Memang ramai wajah mahasiswa dan kakitangan awam yang dikenali ada dalam demonstrasi 1 Ogos. Menurut dua tiga menteri sengal menyatakan dua golongan ini yang kalau dapat disahkan sertai demo 1 Ogos akan dikenakan tindakan kerana telibat dalam politik.
Menteri yang jaga IPT kata ikut AUKU pelajar dan Institusi Pengajian tak boleh terlibat politik. Ini kenyataan hipokrit, adakah dia tidak sedar pada waktu yang sama 1 Ogos, Umno bahagian Serdang buat program bersama Mahathir di UKM, Bangi. Adakah Umno itu bukan parti politik....?
Najib kata buat di stadium jerit sampai subuh
Najib altantuya ini lagi satu nak buat kenyataan 'bangang'.... tahu tak kamu sebelum kami terperangkap satu ketika dahulu di Lebihraya Kesas yang menghimpunkan 100,000 rakyat kami telah mohon stadium Bukit Jalil tetapi kamu yang tak beri. Pengalaman peribadi che'GuBard sendiri pernah sewa Stadium Paroi dah bayar deposit tetapi MB Negeri Sembilan arah batal dan pulang deposit. Malah Majlis perkahwinan che'GuBard beberapa tahun dahulu pun diganggu walaupun peringkat awal dapat sewa dewan MPS, Seremban.
Semasa Pilihanraya di Rembau calon Bn boleh 'berjoget' menggunakan kemudahan awam tapi bila che'GuBard nak guna padang awam Rembau mereka kata tak boleh sebab 'pembangkang'....... Najib eloklah tanya dulu Rosmah apa yang nak cakap tu........

04 August 2009

Pertanyaan kepada Najib Altantuya - Salahkan berhimpun?



OGOS 4 — Sebahagian rakyat Malaysia masih memandang serong pada perhimpunan aman. Kononnya, ia dilihat sebagai budaya rakyat Malaysia yang emosional dan berfikir pendek.

Pada asasnya, saya berpendirian menolak sebarang usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Anarki. Tiada kompromi.Namun, benarkah berhimpun sebagaimana semalam boleh membawa Malaysia ke arah sebuah negara Anarki — negara yang kacau bilau dan tidak berperaturan.

Kononnya, pelabur tidak akan datang, FDI akan jatuh, peluang pekerjaan akan berkurangan dan ekonomi negara akan merudum. (Frasa dan ayat-ayat ini biasa dimomokkan dalam kursus BTN.)
Sejujurnya, saya bukanlah orang yang berminat dengan perhimpunan atau ‘demonstrasi’. Selalu juga disindir oleh teman-teman sewaktu menjadi pimpinan pelajar dulu kerana jarang turun berhimpun atau berdemonstrasi. Walaupun kurang berminat, saya tidak menafikan perlunya berhimpun.

Kita harus jujur dalam membuat penilaian.Salahkah berhimpun? Pendek akalkah orang-orang yang berhimpun sebagaimana prasangka kita?

Benar, kita boleh menyalahkan mereka yang berhimpun jika ia dilakukan terlaku kerap.Setiap bulan misalnya. Tidak dinafikan, kesesakan jalanraya akan berlaku, perniagaan ada yang terpaksa ditutup dan sudah tentu keheningan hujung minggu juga terganggu. Namun mereka berhimpun sekadar dua tiga kali setahun. Besar sangatkah impak kepada aktiviti ekonomi negara jika 2 atau 3 hari daripada 365 hari digunakan oleh segelintir rakyat untuk berhimpun menyatakan sesuatu kepada kerajaan?

Mereka yang berhimpun bukanlah untuk suka-suka atau mahu menghuru-harakan negara. Janganlah disamakan rakyat Malaysia pada masa ini dengan rakyat Malaysia pada 40 tahun lalu dalam Tragedi 1969, ataupun rakyat Singapura/Malaysia yang terlibat dalam Rusuhan Natrah pada 1950.

Rakyat Malaysia pada masa ini sudah ramai berpendidikan tinggi dan cerdik-cerdik. Zaman telah banyak berubah,saya yakin tiada siapa yang tidak sayangkan nyawa. Memang bodoh bagi sesiapa yang berhimpun untuk kehilangan nyawa. Mereka sudah tentu berhimpun kerana bersebab. Jika tidak, lebih baik bersantai di rumah bersama keluarga.

Pengalaman menyertai perhimpunan aman membantah PPSMI dulu cukup mengharukan. Polis terbukti menjadi punca perhimpunan bertukar ganas. Mereka melepaskan gas pemedih mata dengan membabi buta. Apa salahnya dibiarkan peserta berhimpun dan menuju ke Istana Negara? Saya tidak nampak sebarang senjata yang mereka bawa dan aliran trafik pun tidak tersekat walaupun sedikit terganggu.

Namun tindakan polis(FRU) langsung tidak berperikemanusian. Mereka langsung seperti alat kerajaan yang tidak mampu berfikir. Merekalah punca kekasaran fizikal dan gangguan trafik yang parah.

Kebiasaannya, perhimpunan yang dilakukan bukanlah langkah pertama atau usaha awal dalam perjuangkan sesuatu. Ia adalah jalan terakhir. ISA telah dikecam sejak 49 tahun sejak ia digubal pada 1960. Pelbagai wacana akademik, penulisan, disertasi,tesis, memorandum, referandum dan sebagainya yang berkaitan ISA dibuat semata-mata untuk membantah perlaksanaannya di Malaysia. Namun adakah ia berkesan?

Kerajaan masih juga tanpa segan silu menyalahgunakan ISA.

Kita akui bahawa ISA mampu menyelesaikan beberapa ancaman berkaitan keselamatan negara dan kita memang memerlukan akta yang berupaya mencegah ancaman dalaman. Namun, kerajaan Barisan Nasional/Perikatan semenjak 1960 tanpa pernah rasa bersalah telah menggunakan ISA untuk menahan ahli-ahli politik khususnya pembangkang, aktivis masyarakat dan juga orang awam yang tidak berkaitan.

Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Chandra Muzaffar, Halim Arshat, Karpal Singh, Maximus Ongkilli, Teresa Kok adalah antara ahli politik dan aktivis masyarakat yang pernah merengkok. Berbahayakah mereka? Apa ancaman mereka kepada keselamatan negara?

Banyak cadangan yang lebih waras untuk diambil dalam membantah ISA. Namun, akan pedulikah kerajaan?

Kerajaan khabarnya akan mengkaji semula ISA. Ia satu permulaan yang baik jika kerajaan benar-benar ikhlas mahu berubah.

Membantah ISA bukan bermaksud kita tidak mahu akta pencegahan yang mampu menjaga keselamatan dalaman negara kita. Namun, bantahan ini diharapkan agar mampu mendesak kerajaan supaya sekurang-kurangnya meminda peruntukan tertentu yang membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.

Membantah ISA juga bukan bermaksud kita membenci apatah lagi mahu menyusahkan kerajaan. Sebaliknya kita mahu supaya suara insan yang menderita akibat ISA didengari dengan lebih kuat oleh pemimpin kerajaan yang kita kasihi itu.

Kita tidak merasa menderita kerana kita tidak berada di tempat orang-orang yang sedang menderita itu. Cubalah memahami - TMI

Himpunan Anti ISA Najib Altantuya - Mesej menepati sasaran



Oleh Samsuri Roslan

KUALA LUMPUR, – Dua malam sebelum menjelang hari perhimpunan mansuhkan ISA di ibu kota, kami bersama beberapa rakan bersantai di salah sebuah kedai makan di Kelang. Ketika malam semakin larut, kami terserempak dengan sekumpulan tujuh-lapan anak muda yang turut mengunjungi kedai makan tersebut.

Dengan penuh semangat, mereka duduk bersebelahan dengan meja kami. Beberapa orang di antara mereka memakai T-Shirt berwarna kuning yang tertera tulisan ‘BERSIH’ dan juga lambang mansuhkan ISA.

Peristiwa ini pernah kami alami sepuluh tahun lalu. Di sebuah kedai makan di Temerloh, Pahang juga terserempak kumpulan anak muda yang bakal berhimpun di Ibu Kota semasa era reformasi yang menjadi slogan kepada perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kumpulan ini yang dikenali sebagai akar umbi anak muda PAS sememangnya gigih dalam perjuangan. Majoriti mereka menggunakan wang dan kenderaan sendiri jika diperlukan oleh pimpinan tertinggi parti untuk melakukan sebarang aktiviti.

Semasa Perhimpunan Pemilihan Agung Umno pada Mac lalu, beberapa calon Ahli Majlis Tertinggi Umno pernah menyuarakan isi hati mereka mengenai anak muda PAS berbanding Umno.

Mereka memberitahu, bagaimana pergerakan Pemuda Umno Malaysia berperanan berhadapan dengan anak muda PAS dan Pakatan Rakyat yang lebih selesa dengan wang ringgit berbanding dengan kumpulan anak muda pembangkang ini.

“Bagaimana pimpinan Pemuda Umno di pelbagai peringkat begitu kental dengan perjuangan jika mereka menang dengan menggunakan wang ringgit . Begitu juga jika mahu mengadakan apa juga aktiviti turut mengunakan wang ringgit. Jika tidak ada wang, maka tiada lah aktiviti,” kata seorang calon Majlis Tertinggi Umno dari Kedah yang tewas dalam pemilihan tersebut.

Dia bersama dengan beberapa rakan lainnya akui bahawa kepemimpinan pemuda Umno sudah kekurangan idealisme perjuangan terutamanya di era kepemimpinan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menjelang 1 Ogos lalu, kira-kira jam 10 pagi seorang rakan dari Kuala Selangor terkejut apabila jalan raya yang menghala ke Klang dan Ijok sesak secara tiba-tiba. Sekatan jalanraya telah diadakan di hadapan Petronas, Sungai Buluh, Kuala Selangor dengan kehadiran pegawai polis dari pelbagai jabatan.

Kereta dan van yang mempunyai lebih daripada dua penumpang terutamanya dari kalangan anak muda akan ditahan serta merta. Segala kereta akan diperiksa termasuk membuka bonet belakang.

Semasa lalu di hadapan sekatan tersebut, rakan sempat bertanya kepada pegawai polis terbabit. “Siapa yang ditahan tuan, Pro atau Kontra? “

“Dua-dua sekali...,” kata pegawai tersebut sambil memberi laluan.

Pada sebelah tengahari, keadaan sedikit lengang di Pasar Seni. Penuh dengan pasukan polis di setiap lorong. Mereka akan terus menyapa dan meminta surai serta merta jika terdapat kumpulan anak muda yang mahu bersembang walaupun tidak terbabit dalam perhimpulan ini.

Sebelum ini, 83 NGO yang bersama GMI (Gerakan Mansuh ISA) sudah mengumumkan kedudukan mereka akan berhimpun di pusat membeli belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara. Sementara Pewaris (Majlis Permaukatan Ummah) yang mengandungi 12 NGO Melayu pula akan berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok.

Mereka kemudian akan ke Dataran Merdeka di mana akan menandatangani sepanduk sepanjang 200 kaki sebelum berarak ke Istana Negara. Begitu juga dengan GMI yang akan menyerahkan memorendum ke Istana Negara. Pihak GMI dan Pewaris berjanji perhimpunan secara aman walaupun mereka tidak mendapat kebenaran atau permit dari pihak berkuasa.

Sebelum ini juga ada khabar angin yang mengatakan hampir 50,000 orang bersama Pewaris akan hadir dalam Perhimpunan tersebut. Sementara Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi pula memberitahu sekurang-kurangnya 30,000 pemuda PAS seluruh negara akan hadir.

Suatu yang terlintas di kepala adalah kemungkinan akan berlaku pertembungan di Masjid Negara – kawasan yang sama antara GMI-Pewaris. Sudah terbayang berlaku pertembungan tiga penjuru- kumpulan GMI, Pewaris dan Pasukan Keselamatan.

Bagaimanapun situasi ini tidak menjadi kenyataan.

Walau apapun alasan, perhimpunan dari kumpulan Pewaris sememangnya kurang sambutan. Apakah kumpulan mereka tersekat di jalan raya yang dilakukan oleh pihak berkuasa keselamatan sebelum sempat memasuki ibu kota yang mana tujuh atau lapan jalan utama ke ibu kota sudahpun diadakan ‘road-block’ polis.

Atau mereka masih belum mempunyai kekuatan untuk berhadapan dengan pasukan keselamatan? Atau mungkin juga arahan dari pimpinan supaya tidak menghadiri perhimpunan tersebut?

Bagaimanapun sebelum sempat berkunjung ke Jalan Tuanku Abdul Rahman, keaadaan sudah menjadi “kucar-kacir”. Polis sudah mengambil tindakan dan kumpulan dari GMI berpecah melarikan diri. Seorang rakan wartawan telah kehilangan kamera bernilai RM16,000 semasa dia berada di lokasi tersebut.

Kelihatan polis telah menangkap beberapa individu lelaki dan perempuan untuk dibawa ke lori. Sekurang-kurangnya 589 telah ditahan termasuk 40 remaja dan beberapa orang pimpinan dari Pakatan Rakyat. GMI dan Pewaris gagal untuk menyerahkan memorendum ini ke Istana Negara.

Melalui pengalaman, walaupun pelbagai pihak memberi jumlah individu yang hadir namun ia masih belum ramai jika di bandingkan dengan era reformasi 1998 lalu dan konsert Allahyarham Sudirman Haji Arshat di Jalan Chow Kit satu ketika dahulu.
Bagaimanapun yang pasti mesej yang mahu disampaikan kepada rakyat dalam dan luar negara telah menepati sasaran. Samada positif atau pun negatif ia akan diketahui dalam Pilihan Raya Umum ke -13 akan datang. Bagaimanapun yang hampir sekali adalah dalam pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir. - TMI

02 August 2009

DEMO ANTI ISA - Gambar 5 - DSAI-

DSAI sedang menuju ke SOGO
Demonstrator muda - pejuang masa hadapan

Ahli PSM Seremban
FRU di Jalan Raja Laut


FRU sedang bergerak ke Ibu Pejabat PAS Jln Raja Laut

DEMO ANTI ISA - Gambar 4 - Masjid Jamek/Unit Amal

Jam 2 petang di hadapan Masjid Jamek
Unit Amal Malaysia mengawal pintu masuk Masjid Jamek

Unit Amal Malaysia di hadapan pintu masuk Masjid Jamek


Anggota Unit Amal


lagi anggota Unit Amal




sedang ditemramah oleh sebuah stesen TV


Demonstrator berlindung dalam kawasan Masjid Jamek


Pintu masuk Masjid Jamek





Seorang peserta demo ditahan di hadapan Masjid Jamek
Lagi peserta demo ditahan




01 August 2009

DEMO ANTI ISA - Gambar 3 - Suasana di Masjid Negara

Suasana ini dirakam pada jam 1.30 tghari dihadapan Masjid Negara. Keadaan masih terkawal








DEMO ANTI ISA - Gambar-gambar 2 - Hj Mahfuz

Suasana di belakang Pertama Kompleks - Jalan Raja Laut
Haji Mahfuz di Pertama Kompleks

Kain pemidang Hapuskan ISA dari ahli-ahli PSM





Seorang demonstrator ditahan


Ikuti Gambar-gambar Demo 1 di sini

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive