22 August 2011

Umno saman PAS, Mustafa Ali RM10 juta

Fazy Sahir August 22, 2011

Menurut Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, ini langkah permulaan ke atas tuntutan ganti rugi, malu dan fitnah oleh Mustafa dan PAS.

SHAH ALAM: Umno Selangor menyaman PAS dan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali sebanyak RM10 juta berhubung fitnah bahawa parti itu didakwa berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan Jabatan Agama Islam (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Menurut Setiausaha Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, itu langkah permulaan ke atas tuntutan ganti rugi,malu dan fitnah oleh Mustafa dan PAS.

Mohd Zain berkata mengambil semangat bulan Ramadhan pihaknya telah menghantar surat pada 17 Ogos kepada Mustafa sebagai kesediaan untuk memberi kemaafan kepada beliau.

Walau bagaimanapun beliau berkata Mustafa secara bongkak dan sombong mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan Umno Selangor berhubung isu tersebut.

“Tindakan Umno Selangor adalah untuk mempertahankan maruah. Disebabkan Mustafa dan PAS gagal memohon maaf di atas fitnah yang dilemparkan maka kami ambil proses undang-undang sebagai pembelaan.

“Saman (terhadap) Mustafa,PAS dan pihak-pihak lain sebanyak RM10 juta. Pihak-pihak lain itu juga akan dipertimbangkan memandangkan kenyataan beliau turut dikeluarkan menerusi Harakah Daily,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Umno Selangor di sini hari ini.

Klip video

Menurut Mohd Zin, Umno Selangor akan diwakili peguam Abu Bakar Isa Rahmat dari Tetuan Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak.

Abu Bakar yang ditemui pula menjelaskan notis oleh peguam yang dilantik telah dihantar kepada pihak yang berkenaan.

Manakala saman itu akan dibuat dalam masa terdekat di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Mustafa pada minggu lalu mendakwa Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu tersebut ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas DUMC.

Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin.

Begitu juga ekoran pendedahan klip video kehadiran Jais ke DUMC pada hari kejadian seperti yang ditayangkan dalam beberapa blog Umno - Free Malaysia Today

1 comment:

hyhhh said...

amboi...senang2 nak saman orang...yang depa dok fitnah berlambak2, nak saman takleh pulak..

Entri Menarik Di Sini:
1)Download Fast Five BDRip English Hardsub MKV
2)Octove.com Social Network Pertama Di Malaysia Bagi Hadiah Iphone 4
3)Boboi Boy Download

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive