KOTA BARU, 8 Okt — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata tarikh akhir bagi pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013.
Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata kuasa Parlimen akan tamat pada tarikh tersebut secara automatik kerana tempoh yang diberikan mandat oleh rakyat telah berakhir.
“Tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada Perdana Menteri. Bagaimanapun sekiranya sehingga 24 April 2013, Parlimen masih tidak dibubarkan, maka secara automatiknya parlimen terbubar,” katanya di sini, hari ini.
Dipetik Bernama Online, jelas beliau, selepas tempoh itu berakhir, SPR akan mengambil alih untuk diadakan pilihan raya umum yang ke-13 dalam tempoh 60 hari.
Spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa dari sekarang, dengan ramai meramalkan ia akan dipanggil awal tahun depan.
Spekulasi itu semakin kuat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Bajet 2012 semalam dengan pelbagai ‘buah tangan’ yang bakal dinikmati sebahagian besar rakyat. - TMI
2 comments:
budget 2012 tidak akan menukar pendirian sebahagian rakyat yang tidak makan gaji dengan gomen. biarlah najib layan orang gomen beriya-iya sangat. dia lupa sebahagian besar rakyat malaysia ni kerja sendiri, jika najib congak undi guru, dia silap. jika najib riyak mengatakan budgetnya membuatkan PR terkedu, dia silap. budget bangsawan menyebabkan rakyat bawahan sakit hati dan menolak UBN.
Saya akan komen berdasarkan kapasiti seorang individu berfikiran terbuka dan bukan sbg seorang yg bersifat pro kepada mana-mana pihak. Jika DSNR nk jaga perasaan kakitangan awam SAHAJA, beliau x kn umumkan pemansuhan yuran persekolahan rendah dan menengah, bantuan RM 500 kpd isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dan bantuan RM100 untk semua pelajar sekolah. MMg jika kita lihat sekali pandang apalah sgt nilai yuran sekolah sbyk RM25-30/murid tuh. Tp bagi pentadbiran sekolah bayaran itulah yang akan digunakan untuk melicinkan pentadbiran serta memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan. Saya tidak akan komen soal subsidi untuk barangan kerana perinciannya lbh panjang untuk ditulis. Kita patut bersyukur dengan apa yg diperolehi bkn hanya mengecam apa yg kita x dapat. Jangan selalu bertanya apa yg negara boleh beri kepada kita tp ty diri kita juga..Apa sumbangan aku kepada negara???
Post a Comment