Menyedari jaringan sosial media hari ini sangat popular terutama dikalangan remaja muda mudi dari situ tercetusnya idea untuk merealisikan BN Youth Music 2011. Sebuah pertandingan muzik percuma anjuran biro Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Barisan Nasional (BN) ni terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berusia antara 18 hingga 40 tahun dari apa juga latar belakang muzik dan genre.
Pertandingan ini juga memdapat sokongan daripada Persatuan Seniman Malaysia dan label muzik, Universal Muzik Malaysia.
“Biarpun orang kata kita cuba nak tarik artis masuk politik, tapi ini bukan agenda politik. Ia lebih kepada satu pertandingan muzik. Macam battle of the band lah. Tujuan kita (barisan pemuda Barisan Nasional) untuk mendekatkan diri dengan anak muda dan belia seluruh Malaysia”, kata Pengerusi Pergerakan Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, di sidang media yang diadakan di PWTC, semalam.
“Selepas kejayaan BN Youth Job Fair, kita rasakan muzik dapat membawa kepada satu bentuk perpaduan. Disamping memupuk semangat 1Malaysia dikalangan para belia. Juga sebagai satu platform bagi mereka yang berbakat dalam muzik”,
Sementara itu penglibatan Seniman dalam projek ni adalah untuk merapatkan pihak politik (BN) dengan industri muzik. Malah pertandingan ni akan diadili oleh juri dikalangan artis seperti pelakon-penyanyi popular Awie (Wings), Zed Zaidi dan beberapa lagi artis.
“Kami bukan dari parti mana. Kami NGO. Jadi saya rasa kami patut sertai sebab sekaligus memberi peluang pada artis kita samada jadi juri, buat show ataupun yang sekadar memeriahkan majlis. Secara tak langsung menarik minat orang ramai untuk datang”, kata Zed Zaidi yang juga merupakan Pemangku Timbalan Presiden Ketua Seniman Muda.
Terbahagi kepada tiga kategori iaitu solo, vokal berkumpulan dan band. Berpaksikan objektif mencari bakat baru, kreativiti sesebuah kumpulan atau individu, adalah kriteria utama yang dititikberat.
“Kita mengalakkan mereka untuk buat lagu sendiri. Tapi kalau nak buat lagu cover pun boleh. Apa yang penting, kreativiti dan originaliti yang di persembahkan. Pakej pun penting juga sebab kalau takder pakej,s usah pulak nak diketengahkan nanti. Pendek kata asalkan mereka ada bakat dan pakej, ada lah peluang nak menang”, ujar Awie selaku ketua juri pertandingan ini.
Tambah menarik, hadiah lumayan lebih RM90 000 bersama trofi dan sijil penyertaan di tawarkan kepada pemenang.
Bagi kategori solo, juara berpeluang memenangi RM10, 000, naib juara RM7,000 dan tempat ketiga RM5,000. Manakala juara bagi kategori Vokal berkumpulan berpeluang memenangi RM15,000, naib juara RM10,000 dan tempat ketiga, RM7,000. Sementara juara bagi kategori band bakal membawa pulang RM20,000, Naib Juara RM15,000 dan tempat ketiga, RM7,000.
“Kita baru dapat kata persetujuan dari Universal Muzik Malaysia yang mana juara setiap kategori akan berpeluang merakamkan single”, tambah Khairy lagi.
Sebanyak 30 peserta akan disenarai pendek untuk ke peringkat separuyh akhir yang akan diadakan di 28 Januari 2012. Kemudian sebanyak 12 peserta (4 perserta/kumpulan bagi setiap kategori) akan layak ke pusingan grand finale yang akan berlangsung pada 29 Januari 2012.
- mD
No comments:
Post a Comment