21 November 2011

Isu Lembu Shahrizat : NFC gagal jawab dakwaan

KUALA LUMPUR 21 Nov : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata pihak National Feedlot Corporation (NFC) tidak menjawab satu pun dakwaan yang telah dikemukakan KEADILAN sebaliknya mengeluarkan kenyataan bersifat peribadi terhadapnya.

Sebelum ini pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menafikan semua dakwaan KEADILAN dan mengeluarkan kenyataan bahawa Rafizi tidak mengetahui selok-belok perniagaan walaupun merupakan graduan luar Negara.

Menurut Rafizi, meskipun sesuatu perniagaan ada turun naik, namun beliau mengganggap pengurusan NFC sendiri tidak sedar bahawa syarikat itu bukan syarikat milik peribadi.

“NFC adalah syarikat rakyat iaitu milik kerajaan. Ia diberikan segala-gala kemudahan, tanah diberikan, wang diberikan dan peruntukan geran itu diberikan malah projek tersebut berasaskan kertas cadangan yang menunjukkan bahawa projek ini berimpak tinggi dan tidak boleh gagal,” kata beliau.

Berhubung perdebatan isu penyelewengan NFC dengan Khairy Jamaluddin, Rafizi berkata beliau difahamkan Ketua Pemuda Umno itu telahpun menerima surat jemputan dari beliau.

“Saya dimaklumkan dalam media arus perdana bahawa dia dah terima surat, tapi kalau masih belum menerima berita dalam sehari dua hari ini, KEADILAN akan menghantar wakil untuk berjumpa dengan beliau,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.

Turut sama pada sidang media itu Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

Sementara itu Saifuddin berkata, KEADILAN sentiasa bersedia untuk berdepan sebarang tindakan mahkamah dari pihak NFC.

“Kita mengalu-alukan untuk mereka mengemukakan saman dan tidak gentar,” Sindirnya.
NFC sebelum ini membuat kenyataan membuat pertimbangan samada untuk menyaman KEADILAN kerana kononnya melakukan dakwaan dan tuduhan yang tidak berasas.
Sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan NFC yang mendapat dana sebanyak RM250 juta gagal memenuhi matlamat dan mencapai sasaran untuk membekalkan keperluan daging lembu tempatan.
NFC gagal membiak 8,000 lembu, jauh menepati sasaran iaitu 60,000 lembu setahun.

Pimpinan KEADILAN turut mendedahkan RM116 juta dari peruntukan itu dilabur dalam simpanan tetap yang memberi pulangan atas angin kepada syarikat berkenaan sebanyak RM666,952.96.

KEADILAN juga mendedahkan ahli keluarga Shahrizat memboroskan RM827,579 dari peruntukan projek lembu itu untuk melancong ke luar negara pada 2009.

Lebih mengejutkan, NFC turut membeli kondominium mewah berharga RM9.8 juta di One Menerung, Bangsar sebagai bayaran kepada National Mear and Livestocks Corporation yang juga dimiliki keluarga Shahrizat.

Bagaimanapun, Mohamad Salleh dalam satu kenyataan minggu lalu berkata harga sebenar kondo berkenaan ialah RM13.8 juta dan digunakan bagi tujuan pelaburan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23221

1 comment:

Yong said...

Makin lama makin busuk bau taik lembu nih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive