09 November 2011

Tasha Shilla - pelakon baru yang jelita dah mula tunjuk lagak

Kisahnya, pelakon jelita ini telah dilontarkan dengan gosip kurang enak mengenai sikapnya yang kini makin ‘kekwat’, atau dalam erti kata lain berlagak. Baru-baru ini, ada mangsa yang terdiri daripada rakan media menyatakan bahawa dia sudah beberapa kali gagal menemubual Tasha Shilla gara-gara sikap pilih bulu.

Katanya lagi, Tasha Shilla kini bukan seperti dulu. Dulu senang je nak interview, sekarang macam pilih bulu nak ditemubual oleh media tv, cetak & elektronik yang popular sahaja.

Bagaimanapun, Tasha Shilla seakan terkejut apabila diajukan isu ini oleh OHBULAN! sejurus tamatnya Anugerah Skrin 2011, Jumaat lepas. Dengan nada rendah diri, Tasha Shilla menyangkal dakwaan mangsa berkenaan sambil menceritakan situasi dirinya yang sebenar.

“Tak, saya masih Tasha Shilla yang sama, tak pernah berubah. Setakat ini, saya tak pernah menolak tawaran mana-mana media untuk sesi photoshoot. Lagipun, saya masih baru dalam industri hiburan, tak kan saya nak bersikap begitu?

“Maafkan saya jika menyinggung perasaannya, mungkin saya terlepas pandang,” kata Tasha Shilla yang pernah membintangi drama Gemilang bersama Shahz Jaszle.

“Jujurnya, andai kata saya sibuk dengan shooting, memang saya terpaksa tolak sesi photoshoot. Bukan apa, saya perlu memberikan keutamaan kepada kerjaya lakonan serta krew terlebih dahulu. Saya harap, pihak berkenaan dapat berjumpa dengan saya dan berterus terang. Kalau boleh, saya nak jelaskan & meminta maaf daripadanya secara peribadi,” jelas Tasha Shilla mengakhiri temubual

Sumber OhBulan!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive