28 November 2011

Wakil Rakyat, urus isu kecil dulu sebelum bercita-cita nak ke Putrajaya

JOHOR BAHRU: Wakil rakyat dan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR)ditegur agar belajar menguruskan isu parti terlebih dahulu sebelum mengimpikan untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat diPutrajaya.

Perwakilan Kedah, Dr Azman Ismail berkata, sekiranya isu-isu kecil diperingkat bawahan gagal diuruskan dengan baik, beliau meraguikemampuan parti itu untuk menerajui sebuah negara.

"Perkara paling mudah ialah isu telefon dan sms (sistem khidmat pesanan ringkas). Kalau wakil rakyat tak tahu nak uruskan inbox smsyang selalu penuh...macam mana nak uruskan pentadbiran di Putrajaya?

"Kalau inbox asyik penuh, rakyat hantar sms pun tak sampai. Aduan rakyat selalu tak dapat, ini bukan contoh yang baik," katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PKR ke-8 di sini, Sabtu.

Menurut Dr Azman yang juga Ketua Cabang PKR Kuala Kedah, tegurannya itu mungkin dianggap terlalu remeh, namun ia memberi implikasi besar kepada kepercayaan rakyat dalam memilih calon parti itu sebagai wakilrakyat pada PRU akan datang.

"Memang isu ini kecil, tapi kalau sikap dan perangai begini ditonjolkan, rakyat akan bosan dengan pemimpin seperti ini," katanya.

Dalam pada itu Dr. Azman turut menasihatkan agar wakil rakyat PKR mengikuti kursus komunikasi bagi meningkatkan kebolehan berkomunikasi terutama untuk mendekati rakyat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive