Sebut nama Nur Shid’la Ahmad Kamarudin. Mungkin banyak orang tak kenal siapa dia. Sebut Syella, pun barangkali stage name itu tidaklah menjadikan dia popular mana. Tapi kalau katakan, ala artis yang wedding dia 15 juta tu... Hah, korang kenal la pulak kan?? Masakan tidak.
Sebab lain yang membuatkan perkahwinan penyanyi berusia 26 tahun ni menjadi tarikannya ialah nilai hantaran yang diterima penyanyi berusia 26 tahun ni sebanyak RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih. Selain dihadiahkan sebuah banglo bernilai RM5 juta, Syella juga mendapat sebuah Mini Cooper. Ditambah dengan foto-foto majlis persandingannya yang di adakan 3 hari 3 malam tersebar di internet. Peliknya Syella bersanding tanpa suami di sisi.
Katanya kepada laman portal Gua.com, dia dan suaminya (seorang VVIP) telah bernikah pada bulan September lalu. Turut menjelaskan ketiadaan suami di dalam gambar itu kerana tidak mahu menunjukkan siapa suaminya yang sebenar pada khalayak demi menjaga hati pihak tertentu.
"Mengenai hantaran mewah pula, memang benar saya mendapat sebuah banglo bernilai RM 5 juta, tetapi hantaran sebuah Mini Cooper itu tidak betul. Suami saya berikan kereta Audi R8. Mini Cooper itu hanya digunakan sementara kerana kereta Audi itu belum sampai", ujar Syella.
Pun begitu beberapa hari lalu telah tersebar foto majlis makan beradab serta potong kek dan kali ini suaminya turut kelihatan (tetapi terpaksa di blurkan wajahnya).
.
Syella turut berkata bahawa dia tidak kisah apa tanggapan orang ramai mengenai pembaziran kerana baginya perkahwinan adalah sekali dalam seumur hidup. Malah semua persediaan perkahwinan, dia dan suami yang menyediakan sendiri tanpa tajaan mana-mana pihak.
Saya sendiri keluarkan belanja RM800,000 dan selebihnya daripada suami. Saya tak kisah berhabis kerana perkahwinan ini adalah sekali seumur hidup,” katanya. Pada majlis resepsi itu Syella mengenakan dua pasang gaun rekaan Hatta Dolmat yang setiap satunya berharga RM60,000.
Hairan? Mana dia dapat duit. Duit show menyanyi? Popular ker dia...
Menurut Syella meskipun tidak aktif menyanyi tetapi dia juga mengusahakan butik dan kedai makan. Selain terbabit dalam perniagaan pembinaan, teknologi maklumat, gas dan minyak serta beberapa cabang perniagaan lain.
Malah semua barang mewah dan mahal itu bukan permintaannya tetapi atas kerelaan suaminya sendiri sebagai bukti cinta buatnya.
Perlu ker membazir sampai macam tu sekali? Laksanakan yang wajib jer sudah. Nak cakap banyak- banyak pun tak guna, majlis pun dah selamat. Lagipun tuan punya badan mampu, biarlah. Semoga kali berdua berbahagia hingga ke akhir hayat.
2 comments:
memang tak popular. tak kenal pun. dia bukan artis dan bukan selebriti pun. rasanya duit perkahwinan tu sikit, sepatutnya mereka belanjakan RM150 juta baru hebat, pecah rekod dunia perkahwinan malaysia. pas tu tak kan banglo RM5 juta, patut RM50 juta, pas tu tak perlu kereta, belilah helikopter, landing atas banglo tu. baru hebat.
LOL...kelakar lah TCTJ ni
Post a Comment