27 November 2011

Satu lagi "salah langkah" Najib ...

Menteri di jabatan perdana menteri, NAzri Aziz telah mengesahan bahawa cabinet telah bersetuju untuk membuat 8 pindaan kepada Akta Perhimpunan Aman. Akan tetapi beliau dan Najib telah di selar oleh pemimpin PKR kerana cuba memanipulasi isu tersebut.

Undang-undang itu haruslah ditarik balik. Perubahan besar diperlukan. Pindaan oleh kerjaan tidak memadai untuk mententeramkan hati rakyat., “ ujar N Surendran, timbalan presiden PKR kepada Malaysia Chronicle.

“Adalah jelas bahawa kerajaan tiada niat untuk menghalalkan protes jalanan, yang merupakan kesedihan utama.” Bantahan akan berterusan sehinggalah kerajaan mengiktiraf hak rakyat untuk berhimpun dan menguatkuasakan sepenuhnya perkara 10 dalam perlembagaan.

Beliau memberi komen mengenai laporan Berita Harian yang memetik Nazri sebagai berkata bahawa 8 pindaan akan dibuat pada hari Selasa apabila Parlimen bersidang untuk bacaan kedua rang undang-undang tersebut.

Satu lagi “silap langkah” Najib


Akta Perhimpunan Aman telah pada pertama kalinya dicadangkan oleh Perdana Menteri Najib Razak pada bulan September untuk meleraikan kemarahan rakyat terhadap cara beliau menangani perhimpunana rakyat pada 9 Julai yang lepas yang menuntut pilihanraya yang adil dan bebas.

Bukan sahaja mereka tidak memberi kelapangan demokrasi kepada rakyat malah, rakyat dikejutkan dengan pembentangan rang undang-undang baru pada awal minggu ini yang mengandungi keadaan yang lebih teruk daripada Myanmar untuk mengadakan protes secara aman.

Undang-undang itu juga dikritik kerena memberi kuasa yang besar kepada polis dan budi bicara terhadap kebebasan rakyat.

“Hanya satu penyelesaian- tarik balik bukan pinda. Tiada langsung faktor kompromi dalam akta ini.” Ujar Pengarah hal ehwal undang-undang Latheefa Koya kepada Malaysia Chronicle.

A slew of protests on the cards

Pada mulanya, Najib dan sepupu beliau, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein mempertahankan rang undang-undang tersebut dengan NAjib mengatakan bahawa ia adalah baru dan langkah besar sementara Hisham yang mengawal polis mengatakan bahawa tidak mungkin kerajaan akan menarik balik rang undang-undang tersebut yang akan dibaca untuk kali terakhir pada Selasa akan datang.

Ini telah mencetuskan beberapa siri bantahan daripada beberapa kumpulan termasuk Freedom to campaign yang diketuai Professor Won Chin Huat dan Majlis Peguam Negara.

Dengan batahan daripada orang awam ini, pentadbiran Najib sudah mula teragak-agak dan menyalahkan Nazri untuk keadaan yang melampau dan Najib tiada pengetahuan mengenainya kerana beliau berada di luar negara. Itu telah dikatakan sebagai alasan yang bodoh untuk menyelamatkan Najib.

Walaubagaimanapun, yang menjadi kebimbangan rakyat adalah pindaan yang akan dibuat. Bahawa ia cuma luaran semata dan tidak akan memuaskan Majlis Peguam Negara. Kumpulan-kumpulan awam lain juga mungkin tidak akan ambil ringan apa jua manipulasi yang akan dibuat oleh pentadbiran Najib yang berkemungkinan akan memasukkan perkara yang akan membenarkan pakatan mereka untuk kekal berkuasa dalam pilihanraya seterusnya.

“Kenapa kerajaan begitu bodoh? Rang undang-undang itu banyak kekurangan dan pada dasarnya ia tidak penting. Apa yang kita perlukan adalah untuk mengguna pakai Perkara 10 dalam Perlembagaan.” Ujar Timbalan presiden PRK Tian Chua kepada Malaysia Chronicle!

Malaysia Chronicle

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive