17 December 2011

Anak luar nikah : Norish Karman buat penjelasan

Baru-baru ni heboh tentang pelakon Norish Karman @ Norish, di katakan hamil anak luar nikah. Bagaimanapun apabila beberapa pihak media cuba mendapat penjelasan daripada pelakon filem Sayang Salmah ni, dia seakan cuba mengelak atau senang cakap melarikan diri. Maka ramai lah berpendapat cerita itu sahih seperti yang disebarkan.

Bagaimana di dalam laman portal Mstar hari ini, wanita berusia 35 tahun itu menyifatkan laporan media yang mendakwa dia telah menyembunyikan diri kerana hamil luar nikah sebagai sesuatu yang tidak beretika dan tidak adil buatnya dan keluarga.

Norish atau nama sebenarnya Nor’Asikin Karman, berkata sekalipun dakwaan liar itu tidak asing baginya yang berpengalaman hampir 20 tahun dalam dunia lakonan, ia tetap mengganggu dan mengaibkan khususnya kepada anak-anaknya yang sedang membesar.

“Secara peribadi, saya anggap dakwaan palsu dan liar itu sebagai sesuatu yang melampau, tidak beretika dan tidak adil buat saya dan anak-anak.

“Tidakkah pihak yang menggembar-gemburkan gosip itu terfikir, saya mempunyai anak-anak yang juga akan terkena tempias tuduhan itu?”

Hasil perkahwinannya dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan iaitu Datuk Hashimuddin Abdul Kadir, anak jati Singapura ni dan suami dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Haqiem Armany, 12, Muhammad Hardy Amieran, lapan dan Putri Hany Amanda, tujuh.

Tambahnya lagi walaupun provokasi dan dakwaan liar itu amat menyedihkan, dia bersyukur kerana anak-anaknya begitu memahami, terbuka dan memberikan sokongan yang utuh.

“Saya berasa sedih apabila perlu menjelaskan kepada anak-anak bahawa cerita itu adalah dakwaan palsu.

“Mujurlah anak-anak saya sangat memahami, terbuka dan enggan melayan provokasi melampau itu. Malah, saya bertuah kerana mereka setia menyokong di sisi pada waktu begini,” katanya.

Katanya, apa yang lebih membuatkan dirinya berasa terkilan apabila tindakan berdiam diri daripada dunia hiburan sebagai persiapan untuk muncul dengan album sulung itu telah dimanipulasikan dengan dakwaan yang mengatakan dirinya hamil luar nikah.- malaysian digest.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive