16 December 2011

Fasha Sandha - Jejai (bekas suami Nora Danish) kahwin

Kalau sebelum ini angin sempoi-sempoi gosip bertiup membawa berita pasangan ideal Lisa Surihani dan Yusri bakal naik pelamin pada Februari 2012. Sekaligus di sebut-sebut akan jadi "Wedding Of The Year". Meskipun setakat ini masih tiada kenyatan rasmi dari mereka berdua. Hari ini pula dikhabarkan aktres seksi lagi kontroversi tanah air, Fasha Sandha akan menamatkan zaman bujangnya menjelang Mac 2012.

Cerita heroin Cinta Elysa ni nak kahwin bukanlah sesuatu yang baru, sebab sebelum ni pun sudah ada ura-ura dia akan bergelar isteri kepada orang itulah, orang ini lah. Namun setiap kali di tanya, tuan empunya badan lebih suka untuk memilih tidak mengulas panjang. Kata Fasha bila tiba masanya nanti, dia sendiri akan mengumumkan hari bahagianya itu untuk dikongsi bersama peminat-peminat.

Bagaimanapun foto Fasha sedang mencuba sepersalinan gaun pengantin telah dipaparkan di dalam blog hiburan RotiKaya. Difahamkan foto itu dikirimkan sendiri oleh seseorang yang sedang terlibat secara langsung dengan persiapan perkahwinan pelakon jelita itu.

Fasha juga dikatakan akan berkahwin dengan kekasih hatinya, Rizal Ashram aka Jejai. Hubungan yang on-off on-off akhirnya ke jinjang pelamin jua Fasha dan bekas suami pelakon Nora Danish ni ya...

Lebih istimewa, majlis perkahwinan itu nanti akan berlangsung sekitar tarikh ulangtahun kelahiran Fasha iaitu pada 28 Mac 2012. - md

3 comments:

puspawangi said...

Hanya jauhari mengenal maknikam!!!

Matahari said...

Kalau dah "on-off" dan "on and off" tu maknanya tak kekal lamalah tu. Dijamin 100% kerana kawin pula si Pasa Sendat tu dengan Jawa Totok dari Bagan Datoh, Perak.

Tak heran said...

Korang tak payah lah nak salahkan Fasha... Jejai tu yang tergila-gila kat dia, siap datang ngan helikopter lah.. hadiahkan cincin lah.. Hubungan on-off tu pun sebab Fasha sendiri yang nak tinggalkan Jejai bukan Jejai yang tinggalkan dia.. Nora tak payahlah beriya-iya nak salahkan Fasha. Salahkan Jejai dulu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive