16 December 2011

Lebih 5000 peminat apple serbu KLCC untuk iPhone4S

Lebih 5000 peminat telefon pintar iPhone 4S menyerbu Pusat Konvensyen KLCC bagi mendapatkan telefon pintar tersebut yang dilancarkan secara rasminya di Malaysia oleh pengendali telekomunikasi gergasi, Maxis pukul 12 tengah malam tadi.

Ada di antara pengguna telefon pintar itu yang sanggup beratur seawal pukul 3 petang semata-mata mahu berada di barisan hadapan untuk mendapatkan nombor giliran paling awal.

Selain di Kuala Lumpur, Maxis turut memperkenalkan telefon pintar tersebut di pusatnya di Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching pada waktu yang sama.

Telefon pintar iPhone 4S akan mula berada di pasaran pada hari Jumaat, 16 Disember di semua Pusat Maxis dan pengedar terpilih di seluruh negara.

Antara yang baru diperkenalkan adalah penambahan kuota data termasuk sambungan WiFi secara percuma sebanyak 4GB sebulan di semua rangkaian Maxis hotspot seluruh negara. Dengan penambahan tersebut, Maxis kini menawarkan data mobile tertinggi untuk pelanggannya.

Dengan mendaftar kepada pakej iValue yang ada, pelanggan Maxis berpeluang untuk memiliki telefon pintar iPhone 4S pada harga serendah RM350 hingga RM2400. Bagi yang mendaftar dengan iValue 4 dan kontrak selama 2 tahun, mereka boleh mendapatkan telefon pintar tersebut secara percuma.

iPhone 4S merupakan telefon pintar keluaran Apple yang menawarkan kelajuan terpantas dan grafik yang hebat termasuk kamera resolusi tinggi serta rakaman video berdefinisi tinggi. Namun demikian, ciri utama pada telefon pintar tersebut yang dipasarkan di peringkat antarabangsa iaitu Siri tidak tersenarai sebagai ciri utama yang dipromosikan oleh Maxis memandangkan penambahbaikan kandungan Siri untuk pengguna Malaysia masih dalam pembangunan.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Sandip Das

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive