19 December 2011

Kenyataan Nasharudin Dikecam Hebat

Oleh JOSEPH SIPALAN

KUALA LUMPUR: Dakwaan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bahawa parti semakin lemah dan mengetepikan prinsip Islam demi kepentingan politik menerima kecaman hebat daripada rakan sekutunya.

Beliau turut menyindir kenyataan segelintir pemimpin tertinggi PAS yang mengkritik ucapannya yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Melayu.

Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali mempersoalkan apa yang mendorong kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemimpin kedua parti itu.

“Beliau tidak pernah menyebut apa-apa mengenai kelemahan parti semasa (beliau) menjadi timbalas presiden. Sekarang baru hendak membuat dakwaan itu. Apakah maksud sebenarnya?” soal Mustafa.

Naib Presiden Salahuddin Ayub berkata, beliau tidak boleh menerima dakwaan Nasharudin itu.

Sebagai bekas timbalan presiden, beliau berkata, Nasharudin perlu tahu bagaimana parti itu berfungsi dan tidak ada asas untuk mendakwa PAS semakin terpesong dari prinsip-prinsip berlandaskan hukum syarak (undang-undang Islam).

"Saya tidak menerima pendapat itu. (Perbezaan) hanya menunjukkan pendekatan kami tentang bagaimana untuk berpegang pada dasar kita hari ini.

"Masa sudah berubah dan kita perlu bersikap progresif," kata Salahuddin.

Beliau turut menafikan dakwaan Nasharudin bahawa terdapat unsur-unsur dalaman parti terutama melibatkan kepimpinan tertinggi yang menyebabkan masalah-masalah yang kini dihadapi oleh PAS.

Salahuddin menyifatkan ia sebagai “sesuatu yang tidak benar.”

Seorang lagi pemimpin terting yang tidak mahu mendedahkan namanya menuduh Nasharudin tidak mengamalkan seperti yang dipegangnya.

Beliau mendakwa ia merupakan sesuatu yang ironik bagi Nasharudin, yang bercakap tentang mematuhi nilai-nilai Islam.

“Dia (Nasharudin) kini menggunakan kelas perniagaan, jika tidak pun kelas pertama. Dia tidak mengikut prinsip Islam yang mengamalkan kesederhanaan dalam kehidupan dan memerlukan pengorbanan.

"Bagi beliau mengatakan PAS lemah, dan kita mesti mempersoalkan kenapa dia kalah (dalam pemilihan parti lepas). Ia kerana dia benar-benar tersasar daripada sokongan akar umbi dan perjuangan parti,” kata pemimpin berkenaan.

Timbalan presiden parti Mohamad Sabu, yang mengalahkan Nasharudin bagi jawatan itu pada Jun berkata, kenyataan Nasharudin itu akan diperbincangkan dalam mesyuarat biro politik pada Rabu.

1 comment:

Anonymous said...

Stopa Ali nak kecam Nasaruddin buat apa? Dia yang bermati-matian nak sangat Nasaruddin menang jawatan Tim.Presiden semasa Muktamar diShah Alam.Apa motif Stopa Ali?
Dah ada pulak pihak nak minta Harun Din jadi orang tengah selesaikan isu Nasha dan Hassan Ali ni.Konon boleh minum air jampi Harun Din.Yang buat cadangan tu,agaknya tak faham Harun Din tu jugak dari puak UG.Ini yang dikatakan berhakimkan beruk.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive