Cara Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur sayap Pemuda Umno dan Puteri Umno adalah jelas, Timbalan Presiden Umno itu mengatakan bahawa kedua-dua sayap itu masih belum dapat mendapat perhatian penuh generasi muda. Oleh itu, beliau menegaskan bahawa kedua-dua sayap itu perlu bekerja lebih keras untuk menjadi berkesan dan kekal relevan serta berguna kepada Umno.
"Saya tidak boleh menafikan bahawa mereka telah menjalankan program-program dan aktiviti-aktiviti yang banyak tetapi persoalannya adakah program dan aktiviti ini telah menarik perhatian dan memenangi hati golongan muda?" kata Muhyiddin dalam satu temu bual dengan Bernama baru-baru ini. SETERUSNYA
No comments:
Post a Comment