01 December 2011

Artis Realiti mabuk, cium kaum sejenis

Sukar untuk mempercayai gosip ini tapi memang itulah yang benar-benar berlaku. GUA bukan mahu mengada-adakan cerita namun berita ini disampaikan sendiri oleh satu sumber yang boleh dipercayai. Menurut sumber tersebut, dia ternampak kelibat tiga orang artis realiti ini di sebuah kelab malam terkenal di Utara Semenanjung.

Difahamkan, kelab tersebut memang menjadi tumpuan artis-artis tempatan tatkala mereka berada di negeri tersebut. Nak dijadikan cerita, ketika berada di sana, bukan main lagi artis ini berseronok sakan. Khabarnya, mereka ini minum sampai mabuk sehingga ada yang sampai terbaring-baring di atas lantai.

Bukan itu saja, mungkin akibat terlalu mabuk sangat, ada di antara mereka ini sampai bertindak di luar kawalan apabila bercium mulut dengan kaum sejenis. Terkejut juga GUA dengar bab cium-cium ini sebab setahu GUA, artis ini pernah dikaitn bercinta dengan rakan seangkatannya. Cuma tak silap GUA, baru-baru ini katanya pasangan ini sudah berpisah.

Mungkin sebab itulah agaknya dia mabuk sampai bercium kaum sejenis. Ish..gelilah GUA dengar. Tak sangka sampai macam itu sekali penangannya akibat putus cinta. Cerita sumber ini lagi, dia tidak sangka perangai artis realiti tersebut sebegitu rupa. Apa lagi, terus di‘blacklist’ la artis tersebut daripada senarai artis pujaannya. gua.com

GUA : Aku Bukan Tomboy!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive