13 December 2011

Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam : 29,000 kakitangan awam akan hilang kerja tahun hadapan

STONE : PRU 13  ni pakat-pakat ramai-ramai pangkah la BN na ... jangan lupa tu, boleh depa buang kerja ramai lagi .... hahahaha.

( Oleh : Redzuan Shamsudin )

Perlaksanaan dasar Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) tahun hadapan yang membuka ruang kepada orang luar?menduduki jawatan tertinggi perkhidmatan awam dan pemansuhan 29,000 jawatan kian meresahkan kakitangan awam.

Dasar pemisah (exit policy) diperkenalkan sebagai mekanisme untuk membuang penjawat awam yang tidak menunjukkan prestasi baik. Melalui dasar itu kakitangan yang memiliki markah 69 peratus ke bawah boleh diminta bersara awal. Jumlah yang terlibat dianggarkan sebanyak 15,400 orang. Mereka akan ditukar jabatan dan diberi tempoh tertentu untuk memperbaiki prestasi terlebih dahulu sebelum diberhentikan.

Ahli parlimen Kuala Langat yang juga Ahli Jawatan Kuasa Majlis Am Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) Abdullah Sani Abdul Hamid menyelar dasar terbaharu kerajaan BN terhadap perkhidmatan awam yang dilihat tidak praktikal dan menzalimi kakitangan awam.

Sejak bila indeks prestasi kerja (KPI) menjadi garis panduan dalam menentukan kedudukan seseorang penjawat awam. KPI hanya menilai prestasi kerja pada peringkat awal, selepas seseorang itu disahkan layak memegang jawatan (confirmation) maka KPI tidak boleh diguna untuk membuangnya.

Adakah kerajaan mahu gunakan dasar ini untuk menyingkirkan kakitangan yang tidak bersefahaman dengan ketua jabatan? Atau mahu mengekalkan penyokong kerajaan BN sahaja sebagai kakitangan.

Memang wujud panel ketua-ketua jabatan (HOD) untuk menilai prestasi kakitangan ini tetapi bukan semua ketua ini layak untuk menilai prestasi .Ada yang naik pangkat atas pertimbangan kroni dan nepotisme. Bagi saya dasar kerajaan BN terbaru ini tidak masuk akal sama sekali,?katanya.

Abdullah memberi amaran pembuangan pekerja tidak boleh dikompromi melalui apa-apa dasar sekali pun kerana hal itu melibatkan undang-undang. Katanya, pekerja boleh mencabar di mahkamah sekiranya mereka diberhentikan dengan cara yang tidak mengikut peraturan.

Menyifatkan langkah terbaharu kerajaan adalah penerusan layanan buruk terhadap perkhidmatan awam sejak era Dr Mahathir, Abdullah menyeru agar penjawat awam di seluruh negara dan Cuepacs membantah dasar tersebut.

Dasar baru ini penerusan dasar penswastaan era Dr Mahathir yang tidak mempertahankan sektor penting negara seperti elektrik, telekom, air dan sebagainya di bawah perkhidmatan awam. Kesemua perkhidmatan itu diswastakan kepada kelompok tertentu.

Malam hal ini Cuepacs perlu membantah. Jika di negara-negara Asia lain dasar seperti ini pasti disambut dengan perarakan dan bantahan besar-besaran,?katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=24287

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive