Pada 6 Disember lalu, Kim Geu Rim atau lebih dikenali dengan nama Kim Greem telah muncul membuat persembahan di sebuah program MBN bertajuk “Choongmooro Wageul Wageul.” Nak di jadikan citer, dalam episod tersebut, penyanyi ini perform sambil duduk. Sementelah gaya duduknya itu dikatakan telah menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya (korang tengok gambar, korang tahu lah) Lantaran pihak televisyen itu telah mensensor 'bahagian tersebut' dengan alasan peserta program realiti Superstar K2 ni tidak memakai seluar dalamnya.
Namun pekara itu tidak di diamkan agensi Kim Greem. Sebaliknya stesen TV internet itu di katakan sengaja bikini panas! untuk meraih rating tinggi dan sambutan para penonton.
Sebaliknya apabila pihak MBN melakukan sedemikian, tak pasal-pasal 'bahagian itu' pula yang menjadi bualan ramai. Sikit sebanyak menjatuhkan imej dan reputasi penyanyi yang baru nak 'hidup' dengan single debut ni.
"Kim Greem memang memakai seluar dalam. Dan kami rasa tidak mengapalah jikalau bahagian pehanya terdedah. Tapi disebabkan mereka blurkan bahagian yang tak sepatutnya di blur, tak pasal-pasal artis kami dihimpit kontroversi", ujar wakil agensi Nextar Entertainment.
Malah sebahagian penonton juga turut meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap apa yang terjadi kepada Kim Greem. Salah satu respon dari penonton ialah " Kalau nak ikut logik, sensor tu macam tak masuk akal. Sebab program ni sepatutnya memang di sunting terlebih dulu sebelum ditayangkan. Jadi kenapa nak ada blur atau mozak? Edit jer lah"
"Betul-betul terkejut, macam mana perkara ini boleh terjadi. Setiap kali baik nak perform di TV atau di pentas, saya tahu yang kedudukan kamera ada banyak angel. Jadi saya memang selalu pakai seluar dalam (giler tak pakai?!). Saya sangat kecewa dengan insiden ni. Saya pakai seluar dalam pun dah ada kontroversi, tu belum lagi kalau saya tak pakai apa-apa langsung, kan..." begitu antara kata-kata keluh kecewa Kim Greem di laman sosial Twitter-nya.
Bagaimanapun MBN telah membuat kenyataan balas kesal mereka, "Kami tidak menapis 'bahagian itu' untuk apa-apa sebab tertentu. Kami tidak tahu bahawa ianya akan menjadi isu. Kami akan lebih berhati-hati supaya sesuatu seperti ini tidak akan berlaku lagi"
MD
Hmmm. Nasi, dah jadi nasi impit! Tak payah nak rasa bersalah sangat lah MBN oi... MD
1 comment:
Di Malaysia ada nenek tua pengembala lembu siap nak selak kain depan himpunan spesis jantan porno. Tak taulah sama ada dia benar-benar menyelak atau tidak sebab disensor oleh TV-TV di sini.
Post a Comment