19 December 2011

Siswi IPTA alami pendarahan selepas dirogol teman lelaki

Oleh Yusmawati Mhd Yusof
yusmawati@hmetro.com.my

MELAKA: Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan mengalami pendarahan selepas dipercayai dirogol teman lelakinya di sebuah hotel bajet di bandar raya ini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, ketika ditemui anggota polis, gadis berusia 20 tahun itu sedang menangis dan bersandar di kaki lima hotel bajet berkenaan.

Difahamkan, mangsa yang berkenalan dengan kekasihnya berusia 22 tahun itu sejak dua tahun lalu, keluar ke bandar raya ini bersama tiga lagi rakannya.

Sumber berkata, gadis itu dikatakan mengikuti teman lelakinya ke hotel berkenaan sebelum dia dirogol di situ.

Menurutnya, panik dengan pendarahan dialami mangsa, teman lelakinya dipercayai meninggalkan wanita berkenaan.

Mangsa yang buntu dan dalam keadaan lemah itu kemudian turun di kaki lima hotel dan bersandar sambil menangis sebelum ditemui anggota polis dan dia dihantar ke Hospital Melaka dengan ambulan untuk rawatan dan pemeriksaan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Kamisioner Raja Shahrom Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

"Mangsa masih dirawat di HM dan siasatan lanjut akan dilakukan kerana buat masa ini gadis itu masih trauma".

"Polis masih melakukan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen376 Kanun Keseksaan kerana merogol." katanya ketika dihubungi di sini semalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive