01 January 2012

Insiden UPSI : Polis, bersedialah untuk disaman

Pihak polis yang didakwa melakukan kekasaran dalam perhimpunan mahasiswa menuntut prokebebasan akademik di Tanjung Malim awal pagi tadi diingatkan supaya bersedia menghadapi tindakan saman di mahkamah.

Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS hari ini berkata, tidakan tersebut jelas tindakan yang zalim, tidak munasabah dan bertentangan dengan norma-norma hak asasi manusia.

"JUHAM yang terdiri daripada barisan peguam-peguam di seluruh Malaysia berikrar akan membela dan menyokong para Mahasiwa ini sekiranya mereka didakwa di Mahkamah," Kata pengarahnya Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi.

"Malah, JUHAM bersedia untuk memberikan khidmat nasihat guaman percuma kepada para mahasiswa ini sekiranya mereka dipanggil untuk menghadiri tindakan tatatertib sebagai bukti sokongan padu JUHAM kepada gerakan mahasiswa yang mendokong kebenaran dan keadilan."

Justeru, dalam kenyataannya hari ni, JUHAM menyeru saksi kejadian tampil dan menghubungi JUHAM bagi membantu pihaknya mengumpulkan bukti "keganasan" polis dalam perhimpunan tersebut.

Katanya, lima peguam JUHAM termasuk dirinya sendiri kini sudah berkampung di balai polis Tanjung Malim sejak awal pagi bagi menunjukkan sokongan dan kesediaan mewakili mahasiswa sekiranya polis mahu mendapatkan reman untuk terus menahan.

Jawatankuasa itu juga menyifatkan tindakan polis malam tadi sebagai pilih kasih dan tidak seperti layanan yang diterima oleh Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) yang berhimpun pada 21 Disember lalu. - Harakahdaily

1 comment:

Anonymous said...

Mahasiswa Bangkit!!!!!!! UMNO/BN nafikan suara mahasiswa...... kita bangkit suarakan hak kita.... kita tekadkan diri nafikan UMNO/BN untuk mendapat semula mandat untuk menguasai semuala parlimen. Atas roh semangat Hilf al-Fudul kita bangkit suarakan keadilan untuk kita.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive