03 January 2012

Kalau Hasan Ali Bermaruah, Beliau Akan Letak Jawatan EXCO/ADUN

Berbagai2 kutukan dan cacian yang Hasan Ali berikan kepada PAS sepanjang separuh bulan Disember tahun 2011.
Antaranya adalah seperti yang dinyatakan dalam laporan Sinar Harian di sebelah

Kononnya PAS sudah tidak lagi berjuang atas dasar Islam dan memperjuangkan Negara Islam.

Maka, atas sebab itu, Hasan Ali wajib letak jawatan Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia.

Ini kerana sewaktu dipilih sebagai ADUN Gombak Setia dan Exco Kerajaan Negeri, PAS telahpun berkempen di atas agenda NEGARA BERKEBAJIKAN.

Maka, sepatutnya Hasan Ali meletakkan jawatan beliau seluruhnya, sekiranya dia ada maruah dan harga diri.

Mungkin juga, kerana tersedar akan fakta ini, Hasan Ali menarik kembali kutukan dan nista beliau terhadap agenda Negara Berkebajikan.

Namun, terdapat fitnah-fitnah lain yang telah beliau lemparkan bersama yang masih belum ditarik balik.
Seharusnya Hasan Ali melakukan perkara yang bermaruah dan meletak jawatan.

Bagi saya, tindakan beliau kekal dalam kedua-dua jawatan ini menunjukkan Hasan Ali berjuang untuk jawatan dan pangkat serta kedudukan dunia semata-mata.

Amatlah jijik dan kotor manusia bernama Dato Hasan Ali ini.

1 comment:

Anonymous said...

Tak kira samada dari Umno atau PR janganlah diharap untuk mereke2 nie letak jawatan. Takkan ada punya. Waktu mula2 bertanding masing2 menOFFERkan diri nak suruh blah sekarang, sorrylah beb FULU$$$hhhhhhhhhh......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive