Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming akan memfailkan saman fitnah terhadap penulis blog yang mendakwa bahawa dirinya telah menyalahgunakan kuasa sebagai exco semasa pemerintahan singkat Pakatan Rakyat di Perak.
"(Saya akan) failkan saman fitnah RM10 juta di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk menyaman blogger kerana memfitnah saya," katanya pada posting di Facebook hari ini.
Dalam tuntutannya Jumaat lalu, Nga telah menghantar surat kepada penulis blog Ahmad Sofian Yahya supaya membuat permohonan maaf kepada dirinya dalam tempoh 48 jam.
Ini kerana penulis blog pro-BN berusia 47 tahun itu didakwa memfitnahnya melalui artikel di www.sekupangduas.blogspot.com
Blogger itu bagaimanapun dilaporkan enggan berbuat demikian dan sebaliknya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan mendakwa peyalahgunaan kuasa oleh Nga, yang ketika itu exco yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan. - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment