13 February 2012

Hampa semua tak betoi, Ketua Hakim pun tak betoi, yang betoi aku sorang saja kata Madet ...hahaha

Dr M: Dzaiddin buat tuduhan tidak berasas, fitnah


Oleh Mohd Farhan Darwis
KUALA LUMPUR, 13 Feb — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas kenyataan bekas Ketua Hakim Tun Mohd Dzaiddin Abdullah yang menyatakan beliau menjadi punca kepada badan kehakiman negara tunduk kepada ahli politik, dan menegaskan, dakwaan itu merupakan satu fitnah terhadapnya.

Namun begitu, Dr Mahathir (gambar) berkata, beliau bagaimanapun tidak akan menyaman mereka kerana menurutnya, itu adalah perbuatan sia-sia.

“Itu suatu fitnah, kalau mereka nak, mereka boleh semak semula peruntukan itu, dan jelaskan bahagian mana yang menyatakan perkara itu.


“Tapi saya tidak akan saman mereka, itu tindakan sia-sia,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Perkim di sini.

Beliau turut menjelaskan, tuduhan-tuduhan itu tidak berasas dan sekiranya benar seperti dakwaan tersebut, beliau sudah pasti akan menukarkan jawatan ramai individu dalam badan guaman ketika zaman pemerintahannya itu.

“Tiada peruntukan seperti itu, dan kalau saya ada kuasa, saya akan tukar ramai orang kalau saya boleh buat demikian,” katanya lagi.

Mohd Dzaiddin Jumaat lalu dalam ucapan dasarnya meraikan ulang tahun Tunku Abdul Rahman dan Institute of Democracy and Economic Affairs (IDEAS) di Tunku Abdul Rahman Memorial berkata, pindaan terhadap Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan semasa pentadbiran Dr Mahathir pada tahun 1980-an telah melemahkan sayap badan kehakiman.

“Akibat pindaan, kuasa kehakiman mahkamah-mahkamah telah dikurangkan dan mereka hanya mempunyai kuasa apabila diberikan Parlimen,” kata Mohd Dzaiddin, dan menambah bahawa “Parlimen lebih hebat daripada badan kehakiman”.

Menurut Mohd Dzaiddin, pada tahun 1988, Ketua Hakim Tun Mohamed Salleh Abas telah disingkirkan oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir

Mohd Dzaiddin berkata kejadian itu adalah disebabkan perbezaan dalam pendapat antara Dr Mahathir dan Salleh atas peranan-peranan dua cabang kerajaan berkenaan.

Namun demikian, Dr Mahathir menjelaskan, perkara itu bukan berlaku di atas kehendaknya, sebaliknya berdasarkan persetujuan daripada Agong ketika itu.

“Agong yang hendak Salleh Abas digugurkan, bukan atas kehendak saya,” katanya lagi. - TMI

2 comments:

Anonymous said...

Mahadhir cakap berbelit macam ular. Manusia macam ni selalu ingat dia saja yang betul, orang lain semuanya tak betul. Kalau dia tak suka seseorang maka cara terbaiknyanya ialah menyingkir orang tersebut dengan persepsinya yang terancang. Bagi dia peduli apa dengan hidup melayu lantaran selalu merendah-rendahkan usaha orang melayu. Itu dia kata lemah, ini dia kata lemah makanya senang sangat memperdayakan corak fikir bangsa melayu. Kepincangan yang wujud dalam kabinetnya tidak pula diberi fokus, yang dia fokus ialah nak jatuhkan orang itu orang ini bila dia tak suka!

Anonymous said...

kata dulang paku serpih kata orang aku yg lebih pulut2 buah peleter sajakan mulut kuat beleter kalau sakit makan ubat dah tua tu eloklah bertaubat ... jangan tau buat .....kepada semua rakyat jelata nak terang jalan, guna lampu kereta... panas-panas terik matahari.. tak lama lagi kkkita kan mati...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive