06 February 2012

Hassan Ali yang 'katun' dikecam

Pemimpin PAS yang dipecat, Hassan Ali sudah tentu merasakan bahawa beliau sedang menggegarkan senario politik orang Melayu tetapi untuk ahli-ahli PAS, beliau sedang membuat lawak jenaka untuk dirinya sendiri dan menasihati beliau untuk berhenti.

“Semua ini tentang PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR. Ini bukanlah satu rahsia. Beliau dalam Kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini takkan tak ingat? Ini memang kartun!,” ujar Hatta Ramli, Ahli Parlimen PAS Kuala Krai memberitahu Malaysia Chronicle.

Kumpulan Sekular

Hatta merujuk kepada dakwaan Hassan bahawa ...
72% daripada kepimpinan PAS dikawal oleh kumpulan sekular yang “bekerjasama dengan DAP dan PKR.”

Menurut Hassan, yang selebihnya dalam kepimpinan PAS terdiri daripada ulamak yang sanggup mengenepikan tujuan asal parti demi untuk menyokong cita-cita Anwar Ibrahim untuk mejadi PM selepas PRU 13 nanti.

“Saya telah menerima pendidikan sekular tetapi saya mahu PAS dipimpin oleh ulamak yang mendapat pendidikan di Mesir dan Jordan,” The Star melaporkan Hassan Ali berucap dalam ceramah beliau di Muar pada hari Jumaat.

Bersabar

Hassan dipecat daripada PAS selepas beliau melancarkan serangan secara verbal terhadap kepimpinanan parti. Beliau juga menyerang rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat dan menuduh mereka menutup mata dalam kes memurtadkan orang Islam kepada Kristian.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu juga mendedahkan bagaimana kepimpinan parti telah cuba untuk mendesak beliau untuk melembutkan pendirian beliau dan mengikut telunjuk Pakatan.

“Mereka desak saya untuk bersabar dan berkata bahawa undang-undang Islam akan dilaksanakan selepas Putrajaya di tawan.”

Taboo Islam, Melayu dan Raja dalam Pakatan

Dalam ceramah beliau, Hassan juga memberi amaran kepada orang Melayu bahawa hak mereka akan hilang dalam Perlembangaan sekiranya Pakatan dibenarkan mengambil tampuk pemerintahan negara.

Menurut beliau lagi, Islam, Melayu dan Raja juga taboo untuk pemimpin Pakatan dan ini akan membahayakan cara hidup Melayu dan hak mereka.

Hassan dituduh menjual diri kepada PM Najib Razak, yang dengan secara terbuka memuji usaha beliau untuk menyatukan orang Melayu. Walaubagaimanapun, pengkritik Hassan mengatakan bahawa beliau dijanjikan jawatan MB Selangor sekiranya beliau berjaya membawa kembali negeri itu kepada Umno. Untuk kali pertama semenjak 1957, Selangor jatuh kepada Pakatan Rakyat setelah pengundi kecewa dengan rasuah dan ketidak effisyenan kerajaan BN.

“Dia asyik memainkan sentimen yang sama. Kenapa dia tak menjelaskan bagaimana dia telah menjadi begitu rapat dengan Umno?” ujar Hatta lagi.

Malaysia Chronicle

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive