06 February 2012

Mad Said ajak rakyat Ganu khususnya di Marang maing motor-cross ... hahahaha

MB: Hadiah litar jika BN tawan Marang


RHU RENDANG – Hadiah berupa sebuah litar lumba ‘motor cross’menunggu penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rhu Rendang jika Barisan Nasional (BN)dapat menawan kerusi Parlimen Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau akan menyokong cadangan untuk membangunkan kawasan berbukit bukau di Gong Cempedak di sini, menjadi sebuah litar tetap kejohanan lumba motor lasak pada masa akan datang.

Bahagian Parlimen Marang terdiri daripada empat kerusi Dun iaitu Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Bukit Payong dan Alor Limbat.

Bukit Payung dan Rhu Rendang dikuasai oleh Pas manakala Pengkalan Berangan dan Alur Limbat berada dalam tangan Umno-BN.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan Adun Rhu Rendang dan Ahli Parlimen Marang.


Ahmad berkata, projek pembinaan trek lumba ‘motor cross’di kampung berkenaan sudah pasti akan diteruskan dan dijadikan sebagai acara tahunan jika Dun Rhu Rendang yang sejak sekian lama dikuasai Pas, ditawan BNkali ini.

“(Ia) terpulang jika BN menang di Marang, sudah 20 tahun lebih (diberikan kepada) Pas, (kita harap) penduduk Rhu Rendang ubah selera. Jika kawasan ini dimajukan (sebagai litar tetap kejohanan lumba motor lasak) penduduk Rhu Rendang juga akan mendapat faedahnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke kawasan litar itu,yang dirancang untuk dijadikan sebagai lokasi kejohanan ‘DR 4 x 4 Ranggok’ peringkat antarabangsa bermula dari 9 hingga 11 Mac depan,anjuran Kelab Ranggok Marang.

Hadir sama Penaung Kelab Ranggok juga Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku dan Naib Ketua Umno Marang merangkap Penasihat Eksekutif Kelab Ranggok, Datuk Razali Idris.

Difahamkan kira-kira 1,800 peserta dari luar negara,antaranya termasuk peserta Thailand dan Indonesia akan menyertai kejohanan itu yang akan melibatkan perlumbaan motor cross, pacuan empat roda dan mountain bike, bertujuan menarik pelancong ke negeri ini.

Selain itu, Menteri Besar berkata, lebih banyak projek pembangunan akan dilaksanakan Kerajaan Negeri,bukan sahaja di Dun Rhu Rendang,malah di bahagian Parlimen berkenaan jika BN dapat merampas semula kawasan tersebut pada PRU13.

“Kita mahu laksanakan banyak projek di kawasan ini, tetapi penduduk mestilah menunjukkan sokongan kepada kerajaan supaya kita dapat membantu mereka,” katanya. -Sinar

STONE :  Sapa-sapa yang teringin sangat nak maing motor-cross g la undi BN dalam PRU 13 nanti. Nak gak aku nengok mad said, TGHH sama-sama berlumba hahaha mesti hebat kan. 
Ni sorang lagi patut joing Raja Lawak musim depang .... hahaha gelak guling-guling ... Kalau nak rasuah pun pikiaq la benda lain hoi mad said ........ 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive