15 February 2012

Lagi artis kawin : Amanda Misbun (adik Haliza) nikah 03032012

Selepas mengikat tali pertunangan pada 26 Januari lalu, pelakon filem Klip 3GP, Amanda Misbun bakal melangsungkan majlis perkahwinan pada 3 March 2012. Berita gembira ini dikongsi sendiri oleh adik kepada pelakon, Haliza Misbun ini ketika ditemui pada majlis pelancaran drama, ‘Apa Celop’ di One Utanma, sebentar tadi.

“Ramai orang tanya kenapa cepat sangat kahwin walaupun baru saja mengikat tali pertunangan bulan lepas. Bagi saya, lagi cepat lagi bagus. Perkahwinan ini satu benda yang elok, jadi saya tak nampak sebab untuk saya melengahkan atau tunda perkara baik ini. Lagipun, kami dah saling mengenali antara satu sama lain sejak empat tahun lalu,” ujar Amanda yang turut hadir bersama tunangnya.


“Nama tunang saya, Hairulzain Fauzi. Umur dia baru 28 tahun. Kami kenal dari kawan-kawan skateboard dan dia sendiri sudah dua tahun menjalankan perniagaan skateboard. Apa yang membuatkan saya tertarik dengan dia sebab dia buat saya jadi seorang yang lebih baik.”

Berkongsi mengenai majlis perkahwinannya nanti, Amanda memberitahu, “Kami akan buat majlis akad nikah di rumah keluarga saya di Pantai Hillpark. Alhamdulillah, persiapan kahwin setakat ini dah 90% siap. Kami pilih tarikh 3.3.2012 sebab masa itu hari jadi bapa Hairul dan keluarga dia juga semuanya suka nombor 3. Mengenai perancangan bulan madu pula, mungkin tahun depan rasanya sebab lepas kahwin saya terus kena kerja.”

Menyentuh mengenai wataknya dalam drama ‘Apa Celop’, Amanda memberitahu, “Saya memegang watak sebagai Julia, teman wanita kepada Kamal Adli. Hubungan kami mula goyah gara-gara munculnya Wan Sharmila. Selepas itu, saya mula berkawan dengan Zed Zaidi, namun tak sangka dia cuba untuk jual saya.

“Ini kali pertama saya bekerja di bawah pengarah, Ahmad Idham dan berlakon dalam drama mengenai mat motor. Saya senang untuk bekerja dengan dia sebab dia juga seorang pelakon. Cabaran dalam drama ini ialah saya ada masalah untuk membawa watak ringan. Dulu saya bermula dengan watak berat, jadi saya lagi suka pegang watak berat.”

Tambah Amanda lagi, “Selepas kahwin, saya akan menjalani penggambaran drama 13 episod, ‘Pesona Sukma’ untuk RTM. Saya memegang watak seorang tomboi dan saya rasa tak ada masalah untuk membawa watak ini sebab kat luar pun saya memang kasar. InsyaAllah, saya mungkin akan potong rambut saya pendek untuk drama ini. Walau bagaimanapun, saya masih fikir lagi mengenai hal ini.”

Bagi yang ingin menonton lakonan Amanda Misbun sebagai Julia dalam drama terbitan Excellent Pictures, ‘Apa Celop’, jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama tersebut bermula 20 Februari ini, setiap Isnin jam 9.00malam, hanya di Slot Aksi TV3.

Sumber : GUA
Kredit Foto : LennyEmelda 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive