16 February 2012

Logo 1Malaysia - Kerajaan BN dah gila

KUALA LUMPUR, 16 Feb: Kerajaan Umno BN semakin dilihat hilang kewarasan dalam mentadbir Malaysia dengan mula bertindak yang ‘bukan-bukan’.

“Mahukah kerajaan menanggung segala kerugian mereka hanya kerana tiada logo ‘1Malaysia’?” tanya Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Firdaus Jaafar (gambar).

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe bahawa pengusaha tiga barangan kawalan iaitu tepung, gula dan minyak masak diwajibkan memaparkan logo 1Malaysia pada pakej produk-produk yang dijual bermula bulan ini, jika mereka mahu terus menikmati subsidi kerajaan.


Katanya, berapa banyak pengilang-pengilang yang akan terlibat di dalam perlaksanaan itu dengan mengambil kira kos yang perlu mereka tanggung dek kerana arahan yang dilihat tergesa-gesa walaupun beliau menyatakan kerajaan sedang mempertimbangkan bagi memberi pengeluar lebih banyak masa untuk mematuhi peraturan tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai turut mempersoalkan apa jaminan kerajaan terhadap tempoh penangguhan sedangkan sudah pastinya para pengilang sudah pun menyimpan stok ‘label’ produk mereka dalam tempoh yang panjang.

Perlaksaaan itu juga, katanya boleh menyebabkan timbulnya masalah birokrasi memandangkan track record kerajaan yang sememangnya terkenal dengan masalah itu.

Baginya, cukuplah logo ‘Halal’ sebagai contoh.

“Jadi apakah kerajaan boleh ‘mendabik dada’ dalam memastikan perlaksanaan ini akan berjalan dengan adil?” soalnya lagi.

Beliau menambah, barang-barang yang diwartakan pula semuanya barang kawalan yang sepatutnya rakyat menikmatinya dengan harga yang murah namun ianya menimbulkan tanda tanya mengapa ianya mesti bersyarat?

“Bagaimana kalau pucuk pimpinan bertukar seperti mana Islam Hadhari ditukar kepada 1 Malaysia, bukahkah ini akan menimbulkan masalah yang lain kerana umumnya tahu bagaimana dengan ‘perangai’ pimpinan Umno BN yang ‘rajin’ menukar tagline mengikut ‘citarasa’ tersendiri,” katanya lagi.

Justeru, pihaknya menasihati kerajaan, janganlah cuba untuk menjadi ‘Berhala Moden’ yang perlu ‘disembah’ untuk mendapatkan sesuatu akan tetapi jadilah sebuah kerajaan yang sepatutnya sudah matang sekiranya 57 tahun memerintah dijadikan ukuran.

Katanya, rakyat sudah boleh menilai kerana mereka kini hidup di zaman ‘langit terbuka’ dan ‘dunia tanpa sempadan’. - Harakah Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive