18 February 2012

Penyerang penuntut Malaysia (Ashraf) di London didapati bersalah

LONDON: Seorang remaja berusia 17 tahun didapati bersalah menyerang seorang penuntut Malaysia, Ashraf Haziq Rossli, ketika rusuhan di ibu kota England Ogos tahun lalu dan berdepan hukuman penjara tempoh panjang.

Beau Isagba, yang juga disabitkan membawa pisau dan memiliki kanabis, kelihatan mengelap air mata ketika mendengar keputusan.

Namanya kini boleh didedahkan selepas hakim mengambil langkah luar biasa menarik balik halangan laporan disebabkan kepentingan awam dalam kes berikutan kesengsaraan yang dialami Ashraf disaksikan oleh berjuta orang menerusi laman web YouTube.


Rakaman video serangan itu menjadi antara imej paling lama disiarkan yang mengejutkan dunia dan memalukan Britain.

Rakaman menunjukkan Ashraf, dilihat terduduk di kaki lima sambil memegang rahangnya selepas ditumbuk samseng yang kemudian mencuri basikalnya.

Beberapa minit kemudian, Ashraf dirompak sekumpulan samseng lain yang berlagak baik, menggeledah begnya sebelum melarikan diri.

Kelmarin, Isagba, yang mematahkan rahang Ashraf, 20, berdepan hukuman penjara selepas disabitkan bersalah menyebabkan kecederaan parah pada pelajar itu dan merompak.

Isagba memberitahu mahkamah dia malu dengan diri sendiri kerana melakukan jenayah itu. Bagaimanapun, Hakim Witold Pawlack, memberitahu Mahkamah Wood Green Crown: “Dia berdepan hukuman penjara untuk tempoh lama dan tiada alasan yang saya boleh lihat mengapa dia perlu diikat jamin sekarang.”

Ashraf menunggang basikal di Barking, London Timur, bersama seorang rakan pada 8 Ogos lalu ketika rusuhan di London. Penuntut jurusan akauntan itu berjaya melepasi sekumpulan samseng yang bergerak ke arahnya secara tiba-tiba.

Namun dia berasa ada tangan di dalam poket jaket yang dipakai dan apabila berpaling untuk melihat, Ashraf ditumbuk. – Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive