KUALA LUMPUR, 5 Mac: Kenyataan terbaru perdana menteri mengenai kesediannya berdebat dengan mana-mana pemimpin, namun pada masa sama meletakkan syarat yang tidak jelas, sekali lagi menggambarkan sikapnya yang berdolak dalik.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa kononnya sedia berdebat dengan syarat lawannya mesti mempunyai ‘pemikiran munasabah’ dan serius mengenai masa depan negara.
Rafizi berkata, Najib sentiasa mencari alasan untuk mengelak cabaran debat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memberi gambaran kononnya pemimpin Pakatan Rakyat itu tidak rasional.
“Sedangkan debat yang ingin dianjurkan ini memang berkaitan masa depan negara dan rakyat, bukan setakat debat kosong. Kita mahu berdebat mengenai dasar ekonomi, tadbir urus dan berkaitan kepentingan rakyat,” katanya ketika dihubungi KeadilanDaily.
Najib dalam entri terbaru blognya bertajuk ‘Kebenaran Mengenai Malaysia’ menyatakan kesediaan berdebat mengenai politik dengan mana-mana pemimpin, namun tidak menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai ‘pemikiran munasabah’ yang beliau maksudkan.
Anwar sebelum ini berulangkali mencabar Najib berdebat secara terbuka mengenai kedudukan ekonomi dan masa depan negara, namun ia ditolak perdana menteri itu dengan pelbagai alasan.
Rafizi berkata, Najib tidak perlu berdolak dalik memandangkan seluruh rakyat terutama pengundi muda mahu melihat sejauh mana kredibiliti seorang pemimpin politik berhujah bagi membuktikan masing-masing layak untuk mentadbir negara.
“Sikap Najib yang sentiasa berdolak dalih akan menjatuhkan imejnya sendiri kerana pengundi muda yang merupakan kelompok terbesar mahu melihat kedua-dua tokoh politik ini berdebat mengenai masa depan negara,” katanya.
Sementara itu, dalam kajian terbaru oleh badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center mendapati 54 peratus rakyat Malaysia mahu melihat perbahasan antara Najib dan Anwar.
Daripada kajian itu, 67 peratus pengundi muda bersetuju perlu ada perdebatan antara kedua pemimpin untuk mempamerkan idea dan dasar negara.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=27781
No comments:
Post a Comment