06 March 2012

Depa kata polis buat kerja tak betoi ...jadi ... lebih 100 penduduk serang Balai Polis Teluk Bahang

BALIK PULAU: Polis telah menasihati orang awam supaya tidak mengambil undang-undang di tangan sendiri berikutan satu insiden yang menyaksikan lebih 100 orang kampung menyerbu ke Balai Polis Teluk Bahang kerana memprotes tindakan seorang pegawai polis yang menyebabkan anak mereka terjatuh dari motosikal selepas dikatakan merempit.

Ketua Polis Pulau Pinang, Timbalan Komisioner Datuk Wira Ayub Yaakob berkata, pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang termasuklah ke atas mereka yang membuat kecoh atau pegawai polis yang tidak mengikut peraturan standard ketika bertugas.


“Kami masih menyiasat kedua-dua insiden itu. Yang pertama dakwaan yang mengatakan pegawai polis yang dihantar bertugas menyiasat kejadian merempit telah membaling helmet ke arah para penunggang motosikal berkenaan sehingga jatuh.

“Yang keduanya kami juga sedang menyiasat kejadian merusuh ke balai polis Teluk Bahang sehingga membawa kepada kerosakan dan huru-hara,” ujarnya.

Kata Ayub lagi, tidak ada siapa pun yang berada di atas undang-undang termasuklah pegawai polis.

Kini, pegawai polis yang didakwa menyebabkan kejatuhan mereka yang merempit itu telah ditukar ke bahagian lain sementara menanti siasatan selesai. Kejadian pegawai polis membaling helmet ke arah mat rempit itu dikatakan berlaku pada jam 8 malam Ahad lalu selepas dia bersama seorang pegawai lagi telah diarahkan ke Jalan Teluk Bahang untuk menyiasat laporan berlakunya aktiviti merempit di situ.

Penunggang dan pembonceng motosikal berkenaan kemudiannya cuba melarikan diri sebaik sahaja melihat kedatangan pegawai polis.

Ketika itulah mereka mendakwa salah seorang pegawai polis berkenaan melemparkan helmet ke arah sebuah motosikal sehingga menyebabkan penunggang dan pemboncengnya terjatuh.

Mereka kemudiannya disaman kerana didapati memandu tanpa lesen.

Kumpulan remaja yang merempit ini kemudiannya telah kembali ke rumah dan menceritakan insiden berkenaan kepada keluarga mereka.

Tidak lama selepas itu, lebih 100 orang kampung yang tidak berpuas hati telah menyerbu ke balai polis berkenaan untuk memprotes dan menuntut penjelasan.

Setelah tidak berpuashati mereka kemudiannya dikatakan merosakkan beberapa buah tingkap di balai polis itu dan juga merosakkan beberapa buah motosikal yang terdapat di dalam kompaun balai berkenaan.

Mereka hanya bersurai selepas Timbalan Ketua Polis Negeri, Penolong Komisioner Kanan Datuk Abdul Rahim Jaafar serta beberapa pemimpin masyarakat campur tangan. - mStar



Balai polis kena serang, polis minta penduduk bertenang


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang meminta penduduk di sekitar Teluk Bahang bertenang dan memberi masa kepada pihak polis menyelesaikan siasatan kes serangan balai polis di situ oleh kira-kira 100 orang kampung yang kurang senang dengan sikap seorang anggota polis ketika menjalankan tugas membanteras mat rempit.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata anggota polis yang berpangkat lans koperal itu sudah ditukarkan ke unit lain dan siasatan terhadapnya masih dijalankan. 

"Polis memandang serius perkara ini. Kita tidak berniat untuk menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan awam... sesiapa yang didapati bersalah pasti dikenakan tindakan undang-undang.

"Justeru, kita minta pihak yang mempunyai maklumat berhubung kes itu tampil memberi kenyataan untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga kini empat laporan polis dibuat berhubung kes itu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam Sabtu, anggota polis itu didakwa membaling topi keledar ke arah sekumpulan mat rempit yang sedang menunggang motosikal sehingga menyebabkan lima daripada mereka terjatuh.

Dua daripada mereka yang parah dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Akibat insiden itu, kira-kira 100 penduduk di kampung terbabit berang dan membaling batu dan kayu ke arah balai polis kira-kira pukul 6.30 semalam.

Mereka bersurai empat jam kemudian setelah rundingan antara pegawai polis dan wakil penduduk berhasil. - BERNAMA


NI SATU LAGI CERITA POLIS "BAIK" TAPI DI JOHOR


Tak tahulah cerita sebenarnya macam mana. Cerita dari puak-puak cina ni, bukannya boleh percaya sangat. Sama macam isu Beli Ayam KFC Kena Pukul. Padahal, cina juga yang buat salah. Member pun pernah kena tendang dengan polis. Itu pun sebab tak nak berhenti apabila disuruh berhenti. Nasib baik tak jatuh, kalau tak? Mahu koma juga tetapi itu memang silap member tu sendiri.

Kesalahan budak cina itu:

1. Naik motor takde lesen (kesalahan jalan raya)
2. Tak pakai topi keledar (kesalahan jalan raya)
3. Langgar Sekatan Jalan Raya (kesalahan lalulintas dan boleh menjurus kepada jenayah)

Surat khabar cina putar belit fakta.

Ikutkan berita, budak ni langgar sekatan polis. Apa pasal nak langgar? Sebab umur 14 tahun, tak cukup umur nak bawa motor sebab takde lesen. Takkan polis saja-saja nak sepak? Inilah dia cina ultra babisu. Bila kena kat puak dia, mula melenting + minta keadilan yang takde faedahnya. Confirm akan dipolitikkan.

Memang diakui bahawa tahap kepatuhan bangsa cina terhadap undang-undang memang teruk.

KURANG dua hari disiarkan, gambar seorang anggota polis yang didakwa menendang seorang penunggang motosikal semasa sekatan jalan raya sehingga menyebabkan remaja berusia 14 tahun itu mengalami kecederaan teruk telah dikongsi oleh tidak kurang 10,000 warga maya.

Gambar-gambar yang dimuat-naik itu menunjukkan seorang anggota polis berpangkat koperal yang memakai jaket hijau kuning serta bercermin mata gelap hitam dan remaja yang terlentang selepas terjatuh itu menimbulkan kemarahan warga maya yang membidas apa yang disifatkan mereka sebagai keganasan polis.

Kejadian pada Sabtu lalu dikatakan berlaku di Taman Tangkak Jaya, Ledang, Johor, dan telah dilaporkan dalam akhbar-akhbar Cina, dengan beberapa daripada mereka menyiarkan cerita itu di muka depan akhbar mereka.

Menurut akhbar Kwong Wah Jit Poh, penunggang motosikal itu yang dikenali sebagai Lim Hup Hwang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar pada sekitar jam 5:50 petang apabila beliau melalui sekatan jalan itu.

Ketika cuba menghentikan Lim, anggota polis berkenaan menendang motosikalnya menyebabkan remaja jatuh itu melanggar pembahagi jalan lalu terjatuh.

Lim kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tangkak sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Melaka akibat kecederaan teruk pada kepala, telinga kanan, leher, kaki dan bahagian lain di badannya.

"Ini anggota polis itu! Hanya kerana adik saya tidak memakai topi keledar, dia menendang motosikalnya. Kenapa dia berbuat demikian kepada adik saya yang berusia 14 tahun apabila dia hanya boleh mengeluarkan saman?" soal kakak Lim di posting Facebook posting yang turut memaparkan gambar polis yang sedang bertugas itu.

"Adik saya koma. Beliau mengalami pembekuan darah di lehernya yang terseliuh. Pendarahan juga dilaporkan pada bahagian kepala dan di telinga. Beliau juga terpaksa menerima jahitan untuk kecederaan di seluruh badannya!"..

10 comments:

Anonymous said...

HAIRANKAN...POLIS YG BUAT KERJA MEMBENTERAS JENAYAH MEREMPIT DISALAHKAN..KALAU MCM TU BIARKAN SAJALAH...POLIS TENGOK AJE...JADI KEMALANGAN,HANGPA TANGKAP VIDEO DEPA LEPAS TU MASUKKAN DALAM YOUTUBE.KOT KOT ADA SAUDARA MARA DEPA TGK..BOLEH TUNTUT MAYAT D HOSPITAL...

Anonymous said...

hok mu gi naik moto xdok lesen bakpe bodo... x layak ada atas jalan.

Anonymous said...

Polis tak patut buat macam tu pada budak yg berusia 14 tahun, Adakah budak tu nak langgar dia kah? sampai pulak dia tendang motor budak tu...

Guna common sense sikit lah, budak tu bukan nya ancaman besar pada polis tu...

Anonymous said...

dh la xdok lesen..xpaka topi plak 2..mak bapak pegi mana xreti nk aja anak pakai helmet...

Anonymous said...

dh la xd lesen..helmet plak xpkai..mak bapak mane xreti nk jaga anak...aku dulu siap kene penumbuk ngn bapak aku kalo xpki helmet...

Anonymous said...

budaklah patut di ajar...besar sikit dah jadi mat rempit ...polis dipermainkan dan diejek ejek..apatah lagi kalau kita orang biasa nak tegur..pecah kepala kita dibuatnya...dalam hal ni..mak bapak ler kena pantau....jangan anak tu menyusahkan orang lain nanti...ayam pun tahu jaga anaknya...

Anonymous said...

sgt setuju dgn :
Anonymous March 6, 2012 8:56 PM ...

Polis tak patut buat macam tu pada budak yg berusia 14 tahun bukan nya ancaman besar pada polis tu...


bukan sj ancaman besar pd polis...
malah langsung tiada ancaman pd negara.. apatah lagi pd ekonomi dan dasar2 kerajaan...

polis sepatutnya..
biar dan tenguk sj...
malah spatutnya mau tepuk tangan.
mau bagi semangat lagi..
dlm dunia perlumbaan permotoran...

xgitu..?
kahkahkah !!!

Anonymous said...

Sebenar kedua-duanya salah yang polis pi tendang budak tu buat apa gunalah budi bicara sebagai pegawai ,pegawai dilatih bukan untuk buat nanya pada orang tambah-tambah lagi budak bawah umur , yang budak tu pun salah juga pasai apa pi lari kalau dah tau salah ,lagipun hari boleh dikatakan orang ramai dah tak takut dengan undang-undang mereka hanya takut pada uniform polis , kalau tak pecaya tunggu bila hari perayaan , melayu ka cina ,kempen jalan dilebuh raya ditipu oleh polis dengan patong yang beruniform ,bila ternampak saja patong itu pemandu yang sedan kelajuan 160 kmj otomatik perlahan kepada 110 kmj ,itulah perangai rakyat malaysia

Anonymous said...

Wahai Mat Rempit.. anda semua tak malu ke merempit depan bangsa Cina dan India, padahal hangpa orang Melayu. Anak Cina dan India seekor pun takdak jumpa dok merempit. Cina kata Malai so hai.. malai so hai.. kong nga, kong nga.. hari-hari pada Mat Rempit. Jadi hentikanlah perbuatan merempit tu kerana bukan sahaja merbahaya tapi amat malukan keseluruhan bangsa Melayu di Malaysia ni.

Anonymous said...

saya org telukbahang,slalu dgr bunyi motosikal bbudak rempit(confirm budak melayu),mmg bunyi mcm SIAL sama naik dgn makbapak ygdatang serang balai,patutnya polis mau boh pumpgun sj sbb kjadian tu,saya mmg la org PR tp amat tak setuju dgn hal REMPIT BENGONG ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive