06 March 2012

Kemelut Kedah : Kontrak RM600 juta kepada syarikat berkaitan UMNO - 2 Exco nafi

Exco Kedah Nafi MB Beri Kontrak Kepada Umno


Oleh EMBUN MAJID

ALOR SETAR: Dua Exco Kerajaan Negeri Kedah menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkeras mahu memberikan kontrak bernilai RM600 juta kepada syarikat yang mempunyai hubung kait dengan Umno.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Kedah, Abd Ghani Ahmad berkata, dakwaan berkenaan tidak benar kerana Azizan tidak pernah berbuat demikian.

"Pemberi projek mesti melalui tender terbuka dan semua syarikat tidak kira dimiliki oleh sesiapa pun boleh dipertimbangkan sekiranya memenuhi kriteria," katanya kepada The Star ketika dihubungi pada Selasa bagi mengulas mengenai laporan berita berkenaan.

Menerusi laporan itu mengatakan bahawa krisis di Kedah berpunca daripada keputusan Azizan yang mahu memberikan kontrak tersebut kepada syarikat terbabit.


Dinyatakan bahawa maklumat berkenaan disahkan oleh Datuk Phahrolrazi Zawawi, iaitu salah seorang daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menolak untuk dilantik semula sebagai exco.

Sementara itu Datuk Amiruddin Hamzah yang kini memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air, Tenaga, Industri dan Pelaburan berkata setakat ini tidak ada kontrak pembinaan jalan di Kedah bernilai RM600 juta seperti yang didakwa.

Namun beliau percaya kemungkinan laporan berkenaan sebenarnya merujuk kepada kontrak bernilai RM60 juta bagi memperbaiki jalan di Kedah untuk tempoh setahun.

Bagaimanapun Phahrolrazi enggan mengulas mengenai laporan portal berita berkenaan sementara Azizan gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan - mStar

BERITA AWAL


EKSKLUSIF Krisis PAS Kedah meledak selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak didakwa mahu memberikan sebuah projek yang dikatakan bernilai RM600 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin Umno.


Perkara itu disahkan oleh Phahrolrazi Mohd Nawawi, salah seorang daripada dua exco yang menolak pelantikan semula mereka ke jawatan itu sebelum ini.

Ketika ditemui Malaysiakinisemalam bagi mengesahkan dakwaan beliau pada mulanya menolak pelantikan semula kerana tidak puas hati dengan desakan Azizan, Phahrolrazi mengakuinya.

Sumber sebelum ini memberitahu Malaysiakini, projek yang dipertikaikan itu berkenaan pembinaan jalan di negeri itu terhadap syarikat milik bekas pemimpin Umno bahagian di Kedah.

1 comment:

mantabana said...

aku tgk isu pasal kontrak ni membuatkan pas jadi tak pandai. kalau betul ada kontrak yg dimaksudkan dan jika benar ia diberikan kpd sykt yg berkait umno, knp mesti melalak? Petama- org umno pun berhak cari rezeki. Kedua-meraka juga adalah pembayar cukai utk kedah. Ketiga-Kalau mereka berwibawa utk projek tu,knapa nak halang? Keempat-Pemberian kontrak tu adalah kerajaan bkn parti. Kelima-jgn lah pas pun jadi mcm perangai umno. Oleh itu jgn la org pas buat perangai umno. ini makin membuatkan penyokong umno benci pas. dan silap2 penyokong atas pagar pun meluat tgk pas. Pikir ler dan bezakan antara Parti dgn Kerajaan dan rezeki tu hak Allah. Kalau dah dpt pd sykt bekait umno, redha ler. Ni nak tunjukan bahwa Allah itu adil wlaupun pas yg bentuk kerajaan negeri tapi rezeki org umno tak pernah tertutup jika mereka menjalankan perniagaan dgn betul....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive