Showing posts with label kemelut kedah. Show all posts
Showing posts with label kemelut kedah. Show all posts

05 April 2012

KEDAH : Phahrolrazi, Ismail angkat sumpah pelantikan semula sebagai exco

ALOR SETAR: Dua lagi anggota exco kerajaan negeri hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini.

Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh sebelum ini tidak mengangkat sumpah bersama lapan lagi exco pada 28 Februari lalu kerana menolak dilantik semula ke jawatan itu.
Senarai exco yang dikeluarkan selepas majlis itu menyaksikan beberapa perubahan portfolio dengan Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul kini menjadi Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan.

Datuk Amiruddin Hamzah kini menjadi Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perumahan, Kerja Raya, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Bioteknologi, manakala Phahrolrazi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga.

09 March 2012

Saya simpati pada 'tupai' isu Kedah - TGNA

NONEMenteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau bersyukur kerana krisis pentadbiran Kedah tidak berakhir dengan pentadbiran darurat melalui Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti pengalaman Kelantan pada tahun 1978.

Nik Aziz berkata, dalam menangani konflik menteri besar dan wakil rakyat negeri itu, Mageran digunakan untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan dan bukan perbincangan seperti yang dilaksanakan di Kedah sekarang ini.

"Berbezanya antara dua penyelesaian membuktikan berbezanya dasar yang digunakan, satu dasar Islam dan satu lagi dasar sekular!" kata mursyidul am PAS itu.

06 March 2012

Kemelut Kedah : Kontrak RM600 juta kepada syarikat berkaitan UMNO - 2 Exco nafi

Exco Kedah Nafi MB Beri Kontrak Kepada Umno


Oleh EMBUN MAJID

ALOR SETAR: Dua Exco Kerajaan Negeri Kedah menafikan laporan sebuah portal berita yang mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkeras mahu memberikan kontrak bernilai RM600 juta kepada syarikat yang mempunyai hubung kait dengan Umno.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Kedah, Abd Ghani Ahmad berkata, dakwaan berkenaan tidak benar kerana Azizan tidak pernah berbuat demikian.

"Pemberi projek mesti melalui tender terbuka dan semua syarikat tidak kira dimiliki oleh sesiapa pun boleh dipertimbangkan sekiranya memenuhi kriteria," katanya kepada The Star ketika dihubungi pada Selasa bagi mengulas mengenai laporan berita berkenaan.

Menerusi laporan itu mengatakan bahawa krisis di Kedah berpunca daripada keputusan Azizan yang mahu memberikan kontrak tersebut kepada syarikat terbabit.

Kemelut Kedah : Kuasa MB dihadkan

Jawatankuasa Pemandu ditubuh pantau Azizan tadbir, urus negeri

KUALA LUMPUR: Krisis dalaman kerajaan Kedah berikutan penolakan dua EXCO terhadap pentadbiran Datuk Seri Azizan Abdul Razak memaksa PAS menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu yang akan bertanggungjawab memantau Menteri Besar mentadbir dan menguruskan negeri, sekali gus mengehadkan kuasanya.

Walaupun kemelut itu dilihat selesai selepas dua EXCO terbabit, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh bersetuju menyertai semula barisan EXCO negeri, jawatankuasa berkenaan antara lain berfungsi memberi pandangan mengenai apa yang dirasakan perlu oleh PAS Pusat dalam tugas Azizan mengurus dan mentadbir Kedah.


Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, semalam selepas diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Alor Star, pada Sabtu lalu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive