PETALING JAYA, 9 MAC, 2012: Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli hari ini mendakwa hampir setengah juta ringgit telah dibelanjakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk majlis pertunangan anaknya pada 17 Jun 2011.
Di dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, Rafizi turut mendedahkan dokumen yang didakwa sebagai bukti yang menunjukkan Perdana Menteri telah menyeleweng wang rakyat untuk majlis tersebut.
“Sejurus selepas majlis itu dilangsungkan, pimpinan PKR telah mempersoalkan sama ada majlis tersebut ditanggung oleh rakyat. Dr Tan Kee Kwong, ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR telah tampil menyebut bahawa ad aura-ura ia ditanggung oleh rakyat Malaysia kerana dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri,” kata Rafizi.
“Hari ini kami tampil dengan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri,” tambah beliau.
Menurut Rafizi, kos keseluruhan yang dibelanjakan untuk majlis tersebut adalah sebanyak RM409,767.
“Dokumen yang disertakan bersama adalah dokumen tempahan catering yang memperincikan kos berikut:
- Kos jamuan VIP seramai 36 orang @ RM522 seorang RM18,792
- Kos jamuan tetamu seramai 862 orang @ RM359.60 seorang RM309,975
- Kos pengendalian RM81,000
- Jumlah RM409,767
Tambah Rafizi, di dalam Perdana Menteri sibuk mempromosikan menu rakyat 1Malaysia kepada rakyat, tetapi untuk majlis pertunangan anaknya sendiri Perdana Menteri lebih memilih untuk menghidangkan makanan mirip santapan di raja kepada tetamu yang hadir.
“Tetamu tidak dihidangkan dengan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan di raja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang di luar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa.
“Adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka itu. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan kesederhanaan,” tambah beliau.
Tambahnya, PKR telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan bahwa individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih dan bekerja di organisasi masing-masing.
Katanya lagi, perkara yang didedahkan itu bukanlah sesuatu yang remeh walaupun jumlahnya hanyalah RM409,767 kerana ia melambangkan sikap sambil lewa kerajaan, bermula dari Perdana Menteri hinggalah ke menteri-menterinya menggunakan wang rakyat bagi kemewahan peribadi.
“Dengan pendedahan-pendedahan setakat ini yang melibatkan menteri-menteri dan timbalan menteri, kami berpendapat sudah sampai masanya satu suruhanjaya di raja ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan wang rakyat oleh Perdana Menteri, menteri-menteri dan timbalan menteri yang telah didedahkan setakat ini.
“Perkara ini akan dibincangkan bersama-sama rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk dibawa ke sidang Dewan Rakyat yang bermula minggu depan,” kata Rafizi.
-mD
2 comments:
har har har
mana pi sekoq sekoq pen cha chay?
har har har
kenduri kawin hampa hampa suma berapa tail emas mak mak hanpa gadai?
Sila hantar surat pajak ke jabatan perdana menteri untuk di tebus
har har har
mapoh.........mapoh ....abih pitih kita...........
bodo sun gguh cai ni....dok sokong lagi!
Post a Comment