09 March 2012

Polis didakwa tendang motor remaja diarah tukar keluar Johor

JOHOR BAHRU – Seorang anggota polis yang didakwa menendang motosikal seorang remaja berusia 15 tahun di Taman Tangkak Jaya, Tangkak, Sabtu lalu telah diambil tindakan supaya berpindah daripada negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, setakat ini, pihaknya telah mengambil keterangan 13 saksi, bagaimanapun keterangan mangsa masih belum diambil berikutan masih dirawat di Hospital Tangkak.

“Kita telah mengambil keterangan kesemua saksi, manakala kertas siasatan telah dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya, semalam (kelmarin). Polis memberi jaminan siasatan dijalankan secara adil dan telus,” katanya.

Menurutnya, polis akan mendapatkan rakaman percakapan remaja terbabit manakala motosikal yang dinaiki mangsa termasuk motosikal yang dinaiki oleh anggota polis berkenaan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Saya ingin tegaskan, siasatan dijalankan secara adil dan telus... masyarakat tidak perlu risau kerana pihak polis tidak akan menyembunyikan sebarang fakta. Satu pasukan khas diwujudkan daripada IbuPejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bagi menyiasat kes berkenaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sagu Hati Perkhidmatan Tabung Amanah Warisan Polis Kepada 16 bekas polis di zaman darurat, di pekarangan IPK Johor.

Beliau berkata, bekas polis berkenaan menerima sagu hati sebanyak RM3,000 sebagai mengenang jasa pejuang terdahulu yang menjadi barisan hadapan pertahanan negara. - SINAR HARIAN

1 comment:

Anonymous said...

Bukan tak percaya kat dia orang ni tapi selepas macam2 jadi sebelum ni, susah nak letak keyakinan pada depa ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive