09 March 2012

Detik cemas Sharnaaz dan Shila terperangkap banjir 12 jam di Ulu Langat



PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu kereta miliknya telah ditenggelami air selepas terperangkap dalam banjir kilat yang berlaku di Batu 11, Ulu Langat di Kuala Lumpur lewat malam Rabu.

Sharnaaz berkata, air memasuki keretanya jenis Waja itu sehingga ke paras stereng menyebabkan sistem pendawaiannya mengalami kerosakan sehingga terpaksa dihantar ke bengkel.

“Ini adalah pengalaman pertama saya mengharungi keadaan sebegini dan ia cukup menakutkan tambahan pula ketika itu Shila ada bersama saya.

"Bagaimanapun saya bersyukur kami terselamat dalam kejadian itu tanpa sebarang kecederaan walaupun kereta milik saya rosak teruk akibat ditenggelami air," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Menceritakan detik cemas ketika kejadian itu, Sharnaaz berkata dia dan Shila baru selesai menikmati makan malam di sebuah restoran berhampiran bersama ibu Shila.


"Pada mulanya Shila dan ibunya datang bersama tetapi masa balik dia balik dengan saya diekori oleh ibunya di belakang.

"Masa kejadian saya singgah di stesen minyak di Batu 11, Ulu Langat dan diberitahu oleh ibunya untuk berpatah balik kerana jalan menghala ke rumah Shila di Ampang telah dinaiki air.

"Saya cuba berpatah balik untuk ikut melalui laluan Bukit Ampang tetapi jalan telah ditutup oleh pihak polis dan kami berdua tersadai di tepi jalan berhampiran sebuah pasar raya," ujarnya.

Tambahnya, hujan yang lebat telah menyebabkan limpahan air daripada Sungai Serai naik dengan cepat sehingga telah memaksa mereka melarikan diri ke dalam sebuah lori bagi menyelamatkan diri.

Sharnaaz berkata, dia dan beberapa orang awam lain terpaksa duduk di dalam lori muatan pasir itu sehingga awal pagi, Khamis kerana air masih belum surut.

"Ia adalah pengalaman yang cukup buruk setakat ini buat saya dan Shila. Nasib baik dia juga seorang yang kuat semangat," katanya.

Sementara itu, Shila menerusi akaun Twitter miliknya turut menceritakan pengalamannya terperangkap selama 12 jam akibat banjir kilat yang berlaku di kawasan itu.

"Kami terpaksa bermalam di atas lori yang tidak berbumbung dan mengharungi hujan lebat sepanjang malam dan hanya keluar daripada kawasan itu lewat pagi ini," ujar penyanyi itu menerusi satu entri di Twitter.

Hujan lebat yang melanda Lembah Klang pada malam Rabu telah menyebabkan beberapa kawasan di naiki air termasuk di kawasan Ampang dan Hulu Langat

1 comment:

Anonymous said...

bagus betul mak tino ni bagi anak dara dia duduk dlm satu kereta, mak jadi polis peronda follow dari belakang..kah kah kah...lepas kena pukul mamat ni jangan cari melodi pulak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive