01 March 2012

TERKINI : Beruk-beruk Umno mengamuk di Sg Long

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Lee Kee Hiong dan beberapa yang lain mendakwa mereka telah dikasari di luar SRJK (C) Bandar Sungai Long, Selangor, beberapa minit sebelum ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk majlis pecah tanah sekolah tersebut hari ini.

Lee  seorang ahli DAP, berkata beliau pergi ke sana dengan rombongan kira-kira 20 bekas ahli majlis perbandaran itu dan penduduk, dengan memakai baju hijau, tetapi mereka dihalang oleh seorang lelaki berbaju hitam selepas pemeriksaan keselamatan dibuat oleh pihak polis di tempat kejadian.

Pada masa itu, seseorang berteriak kepada kumpulan itu 'Bos kata tidak boleh masuk' dan menurut Lee, beliau menjawab bahawa mereka hanya di sana untuk makan.

Mereka kemudiannya didatangi kira-kira 30 hingga 40 orang, yang didakwanya memakai baju BN dan 1Malaysia, dan mengkasari empat orang dalam kumpulannya hingga rebah.

Lee berkata, polis yang berada di tempat kejadian cuba untuk meleraikannya, tetapi tidak mampu menghalang kumpulan yang ramai itu.

"Sejak (menyertai politik pada) 1993, inilah kali pertama saya rasa dilindungi oleh polis," kata Lee ketika dihubungi.

Beliau bimbang keadaan mungkin menjadi bertambah buruk sekiranya pihak polis tidak menghalangnya.

Lee mendakwa ketika kejadian itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar muncul dan menjerit 'Mengapa datang nak buat kacau?"

Lee menjawab yang mereka mendapat risalah yang menyatakan 'semua dijemput' dan menambah "kami hanya mahu makan, mengapa tak boleh?"

Seorang yang didakwa Lee sebagai pembantu kepada  Noh, telah menolaknya.

Polis akhirnya mengiringi Lee dan kumpulannya beredar dari situ.

Malaysiakini telah cuba menghubungi Noh tetapi tidak berjaya.
Berucap di majlis itu kemudiannya, perdana menterimengumumkan pemansuhan bayaran tol RM1 menghala ke Kuala Lumpur di Plaza Tol Batu 9 dan bayaran 90 sen di Plaza Tol Batu 11 menghala ke Kajang, berkuatkuasa tengah malam ini.
   
Katanya, keputusan kerajaan itu akan mengurangkan beban pengguna yang kerap menggunakan Lebuh Raya Cheras-Kajang sebanyak 50 peratus, atau pengurangan bayaran tol daripada RM3.80 kepada RM1.90 untuk dua hala.
   
Sekolah itu akan dibina di tanah seluas 2.4 hektar. Ia mempunyai 36 buah bilik darjah untuk kemudahan 1,500 murid di kawasan berkenaan. - Malaysiakini

1 comment:

Anak Perelih said...

depa serang majlis orang tak apa.. orang nak pi makan di majlis depa tak boleh.. dipukul... BANGSAT PUNYA UMporNO...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive