NGO Harapan Komuniti hari ini menafikan dakwaan bahawa badan tersebut telah bertindak memurtadkan umat Islam, ekoran satu pendedahan video oleh bekas exco hal ehwal agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini.
Peguam NGO tersebut, Annou Xavier ketika dihubungi berkata dakwaan tersebut hanyalah satu "khabar angin" dan mendakwa perkara itu juga telah ditambah oleh Hasan.
"Jelas ianya tambah oleh Hasan dan apa saja yang datang daripadanya jelas satu khabar angin," katanya lagi ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang ditimbulkan oleh seorang saksi dalam video tersebut.
Saksi berkenaan, yang diperkenalkan dengan nama samaran Ramli Abdullah telah menyebut nama NGO tersebut dalam rakaman video yang didedahkan Hasan hari ini.
Ramli antara lainnya mendakwa bahawa Harapan Komuniti telah menubuhkan tiga unit untuk membantu orang Islam.
Dakwanya, unit tersebut antara lainnya memberikan bantuan golongan yang ditimpa bencana alam sebelum ini, seperti mangsa tsunami di Kedah dan mangsa banjir di Johor.
Ramli juga mendakwa kumpulan itu juga mengadakan bilik bacaan serta mengadakan kelas moral kepada orang Islam, selain unit unutuk mendekati pengidap HIV.
"Pada peringkat awal NGO itu berminat membantu orang Melayu dengan ikhlas. Mereka membantu atas dasar kemanusiaan," dakwanya.
NGO berkenaan bagaimanapun tidak menyentuh isu agama, dakwa Ramli lagi dalam video berkenaan.
Ramli berkata demikian dalam video sepanjang 42 minit yang didedahkan Hasan di kediamannya di Petaling Jaya hari ini. - Malaysiakini
No comments:
Post a Comment