SHAH ALAM 01 APRIL : Tuduhan dan serangan setiap hari terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai mentaliti ‘politik longkang’ (Gutter Politics) yang diamalkan oleh Umno-BN.
MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata tuduhan dari bekas-bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan media Umno secara bertali arus itu hanya mahu mengalih perhatian dan tumpuan rakyat berhubung isu kelemahan pentadbiran Umno-BN.
“Rakyat semakin bosan dengan amalan Umno-BN yang menyalahgunakan kuasa, rasuah, ugutan dan sebagainya. Oleh kerana mereka takut hilang kuasa, mereka mengambil jalan untuk menyerang peribadi pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
“Mereka juga takut apabila kemampuan PR mendedahkan banyak kepincangan yang berlaku dalam pentadbiran mereka,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, rancangan jahat itu ditimbulkan oleh pembodek-pembodek baru yang dilihat hanya untuk menjatuhkan pemimpin PR.
“Cukuplah dengan politik longkang itu, kalau berani bertarung dan bersaing secara bersih dan adil berdasarkan prestasi dan kepimpinan bukan hanya pandai memfitnah serta melaga-lagakan pihak lain,”katanya.
Dr Dzulkifli yang juga mengulas tuduhan Senator, Datuk S. Nallakaruppan baru-baru ini menyifatkan senator itu sebagai ‘Bapak Ayam’.
“Ini kerana ketika beliau (Nalla) membuat tuduhan, mengatur dan menyusun perbuatan jahat secara tidak langsung beliau tidak sedar mengakui diri sendiri bapak ayam,”katanya.
Dr Dzulkifli juga mempersoalkan mengapa Nalla dipilih menjadi senator.
“Amat pelik dan aneh, mengapa beliau dilantik sebagai Senator? Mengapa bapak ayam itu dilantik sebagai Senator? Bukankah Senator dilantik berdasarkan integriti dan personaliti yang baik? Jadi dimana teladan yang baik bagi Nalla.
“Ianya dilihat hanya mahu mengaibkan seseorang, membuat pengakuan bagi tujuan menjatuhkan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas informasi (hearsay) sahaja,”katanya.
Sebelum ini, Datuk S. Nallakaruppan yang juga Presiden Parti India Malaysia (MUIP) mendakwa pelbagai fitnah jahat bertujuan mengaibkan Ketua Umum PKR tersebut.
Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Nalla dan Utusan Melayu (M) Bhd atas tuduhan itu
No comments:
Post a Comment