Serangan sekurang-kurangnya dari 40 orang samseng telah menyerang para pelajar yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka ,Kuala Lumpur telah memusnahkan peralatan dan memukul pelajar-pelajar tersebut, termasuk pelajar perempuan yang sedang tidur dalam khemah mereka.
Insiden berlaku sekitar jam 3 pagi dan pihak polis di kecam kerana tidak berbuat apa-apa untuk menghentikannya.
“Rakaman video menunjukkan pihak polis tidak bersedia.Mereka gagal mengawal situasi dan kelakuan liar samseng-samseng itu,” aktivis politik Fahmi Fadzil menulis di Twitternya.
Tidak jelas siapa yang mengupah samseng2 terebut atau mengarahkan mereka menyerang para pelajar itu, tetapi jari mula menuding penuh syak wasangka ke parti Umno pimpinan PM Najib Razak , yang berulang kali mengkritik para pelajar tersebut kerana memprotes di Dataran.
Tahun lepas, Pemuda Umno menghantar sekumpulan Mat Rempit untuk mengelilingi dan mengugut untuk membakar ibuupejabat Parti Keadilan Rakyat di Petaling Jaya. Ini Cuma salah satu dai banyak contoh dimana parti gabungan BN yang memerintah dituduh menggunakan kekerasan dan taktik menakut nakutkan orang ramai bagi menghalang musuh politik dan orang ramai dari meminta lebih hak sosial dan hak demokrasi.
Tindak kasar polis terhadap kumpulan MansuhPTPTN
Protes di Dataran Merdeka bermula hujung minggu lepas, dengan kira-kira 500 orang pelajar membnatah PTPTN- program pinjaman pelajaran- dan menuntut pendiidkan tinggi secara percuma. Mereka di layan secara kasar oleh polis, yang merobohkan khemah mereka.
Tindakan keras pihak polis itu membuatkan para pelajar memanjangkan lagi tempoh protes mereka dan terus berkehmah di lapangan itu, dan mendapat sokongan dari beberapa kumpulan belia yang lain, masyarakat sivil dan para aktivis.
Seterusnya, ia membawa kepada pembentukan satu lagi kumpulan yang dipanggil OccupyDataran, mengambil ilham dari gerakan OccupyWall St.
Para aktivis dan pelajar menyertai gerakan itu.”Kami menduduki Dataran Merdeka bagi menuntut ruang demokrasi kami, mari sokong dan menuntut hak bersama kami,” penganjur berkata di ruang Twitter.
“ Jangan keliru atau samakan mesej yang berlainan dari #OccupyDataran & #mansuhptptn walaupun keduanya menggunakan tindakan langsung rakyat yang serupa.”kata peguam hak asasi Edmund Bon.
OccupyDataran
Serangan berlaku awal pagi tadi. Beberapa saksi memberikan gambaran berbeza berkenaan jumlah samseng tersebut.Bagaimanapun rakamna video jelas ( lihat di bawah). Samseng 2 tersebut bertindak ganas dan dengan niat menakutkan para pelajar itu dari kawasan padang.
“Ada lebih kurang 60-70 orang samseng menyerang kem kami di Dataran Merdeka kira-kira jam 2.45 pagi ini. Mereka yang mempunyai kamera dan alat rakaman di serang. Seorang mangsa di hantar ke hospital dengan ambulan,” penganjur OccupyDataran berkata dalam e mail yang dihantar kepada Malaysia Chronicle.
Bagaimanapun,serangan ganas itu nampaknya tidak menakutkan para pelajar itu. Mereka kelihatan lebih tabah untuk terus bertahan.
“Mari lindungi perkhemahan @Dataran Merdeka bersama.Kami tidak akan tunduk kepada keganasan.Dataran Merdeka ialah kepunyaan rakyat.”#occupydataran.
“Saya rasa lepas ini, ramai akan menyertai mereka #OccupyDataran.Serangan itu memang sesuatu yang bodoh, tapi apa lagi yang kita jangkakan dari samseng yang bodoh,” komen dari seorang lagi aktivis di Twitter.
Lapuran langsung dari para pelajar melalui Twitter
Malaysia Chronicle lampirkan dibawah beberapa tweet yang dihantar oleh pelajar yang berada di tempat kejadian ketika serangan bermula:
Diserang secara ganas oleh sekumpulan 50 orang, Memukul orang.memecahkan barang-barang.Mereka rampas kamera dan menolak saya#occupydataran
20-30 orang samseng mengepung kawasan kem. Mereka menendang barang2,menyerang orang, mereka menyepak dan menjerit kepada mereka yang ada kamera#occupydataran.
Banyak barang dimusnhakan oleh mereka, terutaman alat-alat perakam #occupydataran
Polis hanya berdiri dan tidak buat apa-apa #occupydataran
Budak perempuan juga tidak terkecuali dari dipukul.Beberapa orang sedang tidur dalam khemah dan ditendang ketika dalam khemah #occupydataran.
Kami sedang mengumpul kan semua, mengira untuk pastikan berapa orang yang diserang #occupydataran
Beberapa orang lain yang sedang duduk diserang kerana memandang samseng itu #occupydataran
Saksi berkata 1 atau 2 orang di bawa ke balai,tapi ini belum disahkan #occupydataran
Semua khemah dan barang-barang yang rosak diletakkan ditengah-tengah dimana semua duudk berkumpul dan berkongsi cerita #occupydataran
Seorang lelaki dihantar ke hospital dengan ambulan #occupydataran
Ada 60-70 orang samseng tadi! #occupydataran
Saoreng budak perempuan yang berada dalam khemah berkata, samseng itu menggoncang khemah, menendang nya berkali kali dan menarik nya keluar dari khemah #occupydataran
Seseorang terdengar yang samseng itu berkata,” Jaga-jaga, kami akan datang lagi untuk pusingan kedua” #occupydataran
Lelaki yang dibaw ake hosital telah dipukul oleh 4-5 orang berhampiran kereta polis.Polis tidak buat apa-apa.Lelaki itu ada kamera #occupydataran
@harrisnasril susah nak ambil gambar kerana mereka yang ada kamera diserang.Mereka yang dilihat merakamkan insiden akan diserang.
Kami perlu semua datang membantu melindungi barang2 kami.Kebanyakan alat perakam ada disini.Kami jangkakan ada serangan kedua #occupydataran
Kami akan bertahan disini.Menjaga khemah dan barang2 kami. Kami jangka ada serangan kedua.Kami perlu sokongan anda.#occupydataran
Malaysia chronicle
Malaysia chronicle
2 comments:
"Tok nenek kita dulu diislamkan oleh para pendakwah dengan menggunakan bahasa Melayu. Maknanya Tuhan dah pilih bahasa Melayu ini sebagai satu medium dakwah. Tapi tu lah, puak-puak Melayu yang tak sayang Melayu dan tak sayang Islam memang tak akan faham benda macam ni. Pertubuhan mereka pun guna akronim bahasa Inggeris."
Ya,tapi jgnlah salah faham,geng2 ni cuma nak ajak budak2 ni berqiamullail dan sembahyang subuh kat mesjid berdekatan,tapi budak2 ni degil,kan Bob? Ptui!
Post a Comment