04 April 2012

Tiga artis murtad


..

Memang cukup sensitif isu murtad ni baik dikalangan umum mahupun di kalangan mereka yang bergelar artis. Nak jadikan cerita, kontroversi terbaru timbul di dunia hiburan Idonesia apabila diberitakan tiga selebriti mereka didakwa telah keluar dari agama Islam atau dalam erti kata lain, murtad!


Pinkan Ratnasari MamboPinkan Ratnasari Mambo

Salah seorang daripadanya, Pinkan Ratnasari Mambo aka Pinkan Mambo yang popular dengan lagu Kekasih Yang Tak Dianggap. Khabarnya, Pinkan sebelum ini sudah dua kali menukar agama. Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu meskipun buat masa ini dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja. Namun dia mengesahkan bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain.

Rianti Rhiannon CartwrightRianti Rhiannon Cartwright

Artis kedua pula adalah pelakon-pengacara yang terkenal dengan watak Aisha dalam filem Ayat-Ayat Cinta, Rianti Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama kristian apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau lebih dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Gereja Old St Patrick, New York Amerika Syarikat. Berita ini diketahui apabila risalah gereja tersebut tersebar dan memperlihatkan wajah bintang pengacara MTV itu.

Bagaimana pun, pengurus kepada Rianti, Adi, enggan mengesahkan sebaliknya memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya berhubung dengan Rianti hanya atas urusan kerja. 

Happy-SalmahHappy-Salmah

Seterusnya selebriti paling terbaru yang didakwa murtad adalah Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja. Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani.

Upacara yang diadakan di Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hindu. Upacara itu adalah antara syarat yang harus dituruti apabila seseorang mahu berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan di Puri Saren Kauh, Ubud yang kemudiannya diikuti dengan majlis di Sukabumi.

Mengulas mengenai tindakannya itu, Happy berkata dia tidak mahu bercakap secara terbuka mengenai status agamanya.

”Saya tidak akan bercakap mengenainya. Isu masyarakat Islam di Indonesia, baik lelaki mahupun wanita yang menukar agama lain untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana mendakwa ulama berkata ia dibolehkan". 


Boleh eh...?

- mD

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive