Selepas Ambiga, ‘senaman tarian’ untuk Anwar pula
Presiden PVTM berkata, senaman kedua ini ditujukan khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Thamrin Tun Ghafar, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk A Samad Said.
PETALING JAYA: Kelmarin kita diperkenalkan dengan gimik ‘senaman punggung’ oleh sekumpulan bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), bakal menyusul selepas ini satu senaman tarian yang diadakan khas untuk beberapa individu.
Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata senaman kedua ini ditujukan khas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu (Mat Sabu), Thamrin Tun Ghafar, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk A Samad Said.
“Senaman tarian ini akan dibuat pada waktu terdekat dengan beberapa gimik menarik,” katanya ketika dihubungi FMT.
Bagaimanapun ketika ditanya mengenai pemilihan lima individu terbabit, Mohd Ali menegaskan ia sebagai memberi peringatan kepada mereka agar tidak menganggu gugat keharmonian negara.
Katanya, operasi senaman tarian itu nanti masih sama namun ia akan diadakan serentak di hadapan rumah pemimpin yang berkenaan.
“Tunggu dan lihat kita akan adakan satu tarian dahsyat. Senaman tarian ini lebih tajam dan akan dibuat di hadapan rumah mereka serentak dalam masa terdekat ini.
“Tujuannya siapa makan cili dia terasa pedasnya. Ia juga sebagai peringatan supaya jangan ulangi tindakan untuk merosakkan negara,” katanya.
Ketika ditanya mengenai gimik menarik itu, Mohd Ali berkata ia sesuatu yang istimewa dan mempunyai kaitan dengan daun.
‘Senaman punggung’
Sementara itu, beliau turut mempertahankan tindakan mereka yang membuat gimik ‘senaman punggung’ di hadapan kediaman pengerusibersama Bersih, Datuk S Ambiga.
Beliau turut mencabar Ambiga untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.
“Saya pertahankan bahawa senaman itu untuk jaga kesihatan dan apa yang kami lakukan tidak menyalahi undang-undang. Kami tidak buat dalam rumah beliau (Ambiga).
“Bukan kami tidak berpakaian sedangkan kami lengkap berpakaian kemas tempoh hari. Kalau salah saya cabar Ambiga untuk ambil tindakan undang-undang pada saya. Hakim yang akan tentukan dan keputusan bukan di tangan Ambiga,” ujar beliau. - FMT
3 comments:
Saya bekas askar yang telah berkhidmat selam 23 tahun dan sudah tua lebih kurang macam saudara semua.Saya nasihatkan tak usahlah saudara sekalian memalukan rakan rakan bekas tentera yang lain dengan kerja yang sia sia dan tidak berfaedah ini.Balik lah kerumah dan jaga keluarga bila kelapangan baca koran dan pergi masjid sembahyang berjemaah agar hati itu tidak di rasuk syaitan.Jangan ikut perasaan,apa yang saudara lakukan itu bukannya dapat pujian dari bekas bekas tentera yang lain malahan saudara semua menjadi cemuhan.Ingat Allah mengetahui apa yang tersirat dan tersurat....bertaubatlah sebelum saudara semua di usung ke kubur ya
otak hampani mmg dok kat pungkuk...dr dulu smp lani..dh dulu zaman keja suka mgular..ABC sana sini...bawa btaubat la askar pencen wooi..x berubah2 jg prangai hampa ni..kubur dh dok panggei tu...biar la org politik yg buat semua tu..blk dok umah baca kitab...dh lah ilmu takat hidung sj..malu sj lah kata askar otak mcm budak tadika kemas...kiaaak tuih
ok jom kita tonton bontot umno kt rumah anwar.
jgn lupa dtg beramai2 pakai baju kuning.
bawa tosei sikit sebb dia org mesti penatkan tonggeng lama...sebab orgtua berkarat semua kan.
minuman? fru boleh supply air dari tangki lori merah.
malaysia makmur.
Post a Comment