17 May 2012

TGNA paling berpengaruh - Mat Sabu paling popular

Menteri Besar Kelantan itu sudah berusia 82 tahun dan menjadi wakil rakyat sejak 47 tahun lalu

PETALING: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat merupakan pemimpin PAS yang paling lama menjadi wakil rakyat baik di Parlimen atau sebagai ADUN.
Mursyidul Am PAS itu sudah menjadi wakil rakyat selama 47 tahun sejak tahun 1967.
Pemimpin PAS itu kini berumur 81 tahun, sudah menjadi Menteri Besar Kelantan selama 22 tahun sejak tahun 1990.
Beliau juga paling berpengaruh dalam PAS mengatasi mana-mana pemimpin termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Abdul Hadi mula menjadi ADUN Marang pada 1982. Tokoh  berusia 57 tahun kaya dengan pengalaman politik yang juga merupakan ahli Parlimen Marang. Beliau  pernah menjadi Menteri Besar Terengganu selama empat tahun mulai 1999.
Tetapi Mohamad Sabu yang paling popular dan kontroversi. Timbalan Presiden PAS berusia 58 tahun,  mula menjadi ahli Parlimen Kubang Kerian di Kelantan selepas pilihan raya umum 1990
Manakala Ketua Ulamak PAS, Datuk Harun Taib yang mula menjadi ADUN Manir pada pilihan raya umum 1990.
Popular dan kontroversi
Bendahari PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman kini 68 tahun, menjadi wakil rakyat sejak tahun 1986.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sudahpun berumur 62 tahun, Beliau mula menjadi ADUN Sala pada 1995.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din yang sudah beberapa kali bertanding di Perlis kini berusia 80 tahun.
PAS Terengganu yang juga ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut mula menjadi ADUN Wakaf Mempelam pada 1990.
Manakala wakil rakyat muka baru PAS termasuk Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor) dan Nasir Zakaria (Padang Terap) yang menang kali pertama dalam pilihan raya umum 2008.
Ketua Muslimah, Siti Zailah Mohd Yusof menang kerusi Parlimen Rantau Panjang, bagaimana Ketua Pemuda Nasrudin Hassan Tantawi kalah di Maran pada 2008.
Difahamkan semua pemimpin PAS termasuk Nik Aziz dan Abdul Hadi akan mempertahankan kerusi masing-masing dalam pilihan raya umum akan datang - FMT

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive