26 June 2012

Boleh percaya ker ni?

Umno tidak rosakkan poster Azmin, Zuraida

Muda Mohd. Noor
 | June 26, 2012
Perbuatan merosakan poster atau sepanduk PKR dilakukan oleh penyokong mereka sendiri, kata Umno Ampang.
PETALING JAYA: Umno Ampang mendakwa orang pembangkang terutama PKR yang merosak atau mencemarkan poster serta sepanduk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Ketua Wanita,  Zuraida Kamaruddin yang dipasang di kawasan itu.
Ketua Umno bahagian, Datuk Ismail Kijo berkata, beliau mendapat maklumat berkenaan daripada bekas-bekas ahli dan penyokong PKR.
Katanya, mereka memberitahu, ahli PKR yang memasang sepanduk atau poster atau bendera mereka, kemudian mereka menyembur atau merosakkan.
“Tujuan mereka berbuat demikian ialah supaya orang ramai melihat, orang Umno yang melakukan perbuatan tersebut.
“Kita sudah masak dengan perkara-perkara ini,” katanya lagi.
Menurut Ismail lagi, jika benar orang Umno yang melakukannya, PKR boleh membuat laporan polis untuk disiasat.
Katanya, beliau sendiri telah mengeluarkan arahan kepada ahli dan penyokong Umno supaya tidak mengacau pembangkang.
“Sebaliknya banyak kain rentang kami (Umno) yang diambil oleh penyokong pembangkang tetapi kami tidak bertindak balas,” tambah Ismail lagi.
`Hak mereka (PKR) ‘
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Gombak, Ismail Ahmad berkata, pihaknya tidak pernak merosakkan poster atau sepanduk Azmin seta Azmin dan mana-mana pemimpin pembangkang di kawasan itu.
“Jika ada yang membuat dakwaan orang Umno yang melakukannya, ia bohong semata-mata.
“Kalau mereka (PKR) hendak pasang, pasanglah. Itu hak mereka.
“Terpulang kepada kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membenarkan poster atau sepanduk dipasang di Gombak.
“Sudah berpuluh-puluh tahun orang Umno Gombak tidak pernah menganggu hak parti lain,” kata Ismail lagi.
Baru-baru ini ada laporan yang mengatakan poster Azmin dan Zuraida telah dirosakkan di Gombak dan Ampang.
Azmin adalah ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa yang terletak di Ampang. Manakala Zuraidah merupakan ahli Parlimen Ampang.

2 comments:

armal said...

Oiiiiii.... mintalah sedar diri tu, siapa pembangkang kat Selangor tu?

armal said...

Oiiiiii.....sedarlah diri tu, siapa pembangkang kat Selangor tu?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive